CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: antiQue

Ruang untuk membantu

[Copy link]
Post time 22-1-2007 10:57 AM | Show all posts
AKTIVITI DAKWAH

* Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menganjurkan Seminar Bina Ummah di Pulau Langkawi, Kedah pada 26-28 Januari.

* Pelancaran Perkampungan Hadhari Peringkat Kebangsaan 2007. Program Sekretariat Islam Hadhari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 10-11 Februari 2007, di Kepala Batas, Pulau Pinang.

* Program Jati Diri diadakan untuk pelajar berumur 10 tahun hingga 15 tahun pada 17-19 Februari di Sg. Congkak, Hulu Langat Selangor. Pengisian aktiviti seperti modul praktikal solat, jati diri, pengurusan diri, bengkel Bahasa Inggeris dan XPDC. Maklumat lanjut hubungi 019-3642314 (Ustaz Azhar), 017-2264860 (Rasyid) atau E-mel:[email protected]

* Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) menganjurkan The 2nd Health Seminar of FPSK KUIM 2007 bertemakan The Essence of Disease Prevention In Malaysia.

Seminar ini akan diadakan pada 17 Mac di Hotel Crown Princess, Ampang. Maklumat mengenai seminar ini boleh diperolehi melalui Dr. Anuar Sani atau hubungi 03-4289 2446/2400, 017-8704678 atau faks 03-4289 2408.

Pertanyaan juga boleh diemelkan kepada [email protected] atau dr_anu [email protected]. Sila juga lawat laman web http:www.fpsk.kuim.edu.my untuk maklumat lanjut.

- Mana-mana pihak yang ingin menghebahkan sebarang program berbentuk dakwah untuk ruangan

Aktiviti Dakwah boleh menghantarnya melalui e-mel: [email protected] atau surat ke Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 46M, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200

Kuala Lumpur.

Tel: 03-9221 7055 samb. 575 atau faksimile 03-9222 4967.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 09:26 AM | Show all posts
Anak yatim Al-Munirah harap infak dan wakaf
Oleh: W.RAHIMAH DRAMAN



ANAK Yatim Al-Munirah dibimbing guru tuisyen sukarelawan selepas waktu sekolah.
--------------------------------------------------------------------------------

MASYARAKAT sering menuding jari dan menyalahkan anak-anak serta ibu bapa apabila berlaku masalah sosial dan moral di kalangan remaja.

Namun jarang yang benar-benar ikhlas dan mahu bertanggungjawab menangani secara berterusan melalui program penempatan, bimbingan, didikan atau pembelaan bagi jangka panjang seperti tuntutan agama.

Sebaliknya pelbagai gelaran dilabel serta bermacam hukum dan undang-undang dilemparkan kepada anak-anak serta remaja bermasalah ini.

Sebenarnya gejala remaja dan anak-anak terbiar sama ada dari segi kasih sayang mahupun pendidikan agama dan akademik ini ada di mana-mana malah di sekeliling kita dan bilangannya sentiasa bertambah.

Kebanyakan mereka adalah remaja yang tidak ada tempat mengadu sama ada disebabkan kematian ibu bapa, bercerai, miskin atau terlalu sibuk dengan kerjaya.

Disebabkan bimbang dengan situasi dan sedar dengan tanggungjawab terhadap ummah, timbul idea beberapa usahawan Muslim dan mereka yang prihatin sekitar Klang mengumpul dan membantu kanak-kanak malang ini.

Idea tersebut mendorong golongan ini bersepakat merealisasikan peranan masing-masing dengan menubuhkan Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah (PKAYMAM).

揑dea ini timbul sekitar awal tahun 2000. Setelah beberapa kali berbincang, merancang serta mengatur strategi akhirnya wujudlah PKAYMAM.

揑a didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara sah pada tahun 2001,
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 06:36 PM | Show all posts
aku ada kenalan seorg mualaf (bekas sami hindu).....kesian dier...tapi aku tak tahu cam ner nak tolong dier....yg aku tak tahannyer birokrasi dgn jabatan zakat.....

entah ler...nak cakappun susah....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 08:47 AM | Show all posts
rainsbows, apa masalahnya..
tak paham lah..

atau awak boleh cerita kan kat thread yang nih jugak;

http://forum.cari.com.my/viewthr ... hlight=mualaf%2BSyd
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 10:32 AM | Show all posts
Nurul Ain perlu dibedah segera


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak, Nurul Ain Nasreen Khairul Nizam, 2 tahun 6 bulan, memerlukan sebanyak RM28,000 untuk menampung kos pembedahan penyakit jantung berlubang yang dihidapinya sejak berumur empat bulan di Hospital Gleneagles pada 6 Februari ini.



PERLU BANTUAN: Khairul Nizam
dan Wan Nor Hazlin
bersama Nurul Ain Nazreen,
yang memerlukan sumbangan
menjalani pembedahan
jantung berlubang.

Nurul Ain Nasreen memerlukan pembedahan segera kerana doktor mengesahkannya sebagai kritikal menghidap penyakit Ventricular Septal Defect (VSD) dan Atrial Septal Defect (ASD) yang mempunyai dua lubang di bahagian luar dan dalam jantungnya.

Bapanya, Khairul Nizam Mohd Kancil, 29, berkata risiko dan kos pembedahan itu terlalu tinggi dan beliau tidak dapat menampungnya kerana berpendapatan rendah dan bekerja sebagai operator kilang manakala isterinya, Wan Nor Hazlin Wan Ahmad, 24, terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anaknya yang memerlukan perhatian sepenuhnya.

Beliau berkata, anaknya normal ketika dilahirkan tetapi sering mengalami batuk dan berpeluh ketika berusia empat bulan, manakala sejarah kesihatan keluarganya pula tidak ada yang menghidap penyakit jantung.

揘urul Ain Nasreen mengalami kesukaran bernafas seolah-olah lelah dan batuk sehingga menyebabkannya kurang selera makan dan mudah berpeluh,
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 09:26 AM | Show all posts
Nurul Ain dibedah kutipan masih tak cukup RM13,000


KUALA LUMPUR: Kanak-kanak menghidap jantung berlubang yang kisahnya disiarkan baru-baru ini, Nurul Ain Nasreen Khairul Nizam, dua tahun enam bulan, akan menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, di sini, hari ini. Pembedahan dijangka bermula pada jam 10 pagi.

Nurul Ain Nasreen memerlukan pembedahan segera kerana doktor mengesahkan penyakit Ventricular Septal Defect (VSD) dan Atrial Septal Defect (ASD) yang dihidapinya kritikal kerana mempunyai dua lubang pada jantungnya.

Bapanya, Khairul Nizam Mohd Kamil, 29, berkata anaknya dimasukkan ke wad pediatrik pusat perubatan itu, jam 3 petang semalam, untuk menjalani proses ultrasonik serta imbasan sinar-x sebelum dibedah.

Penderitaan Nurul Ain Nasreen dipaparkan baru-baru ini kerana bapanya tidak dapat menampung kos pembedahan itu yang berjumlah RM28,000 dan kini sedang diusahakan Unit Kebajikan The New Straits Times Press (M) Bhd. Jumlah dikumpul sehingga kini adalah RM15,000.

Khairul Nizam berkata, risiko dan kos pembedahan itu terlalu tinggi dan beliau tidak dapat menampungnya kerana berpendapatan rendah sebagai operator kilang sementara isterinya, Wan Nor Hazlin Wan Ahmad, 24, terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anaknya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghulurkannya melalui cek dengan menulis nama Nurul Ain Nasreen Khairul Nizam di belakang cek, ke Unit Kebajikan New Straits Times (M) Bhd, Bahagian Kewangan, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau menghubungi 03-22823131
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2007 10:17 AM | Show all posts
Bekas pelajar politeknik perlu RM33,000 bedah lutut
Oleh Zuliaty Zulkiffli


POKOK SENA: Seorang bekas pelajar politeknik yang menghidap penyakit barah sendi lutut memerlukan bantuan orang ramai untuk menjalani pembedahan memasukkan besi di kakinya untuk membolehkannya berjalan semula.

Wardatul Najdiah Hashim, 21, kini hanya mampu duduk di atas tilam dan berjalan menggunakan tongkat selepas doktor mengesahkan dia menghidap barah lutut sejak dikesan lapan bulan lalu.

Wardatul yang juga bekas pelajar Politeknik Sultan Mu'adzam Shah (Polimas) dekat Jitra, berkata dia hanya lenguh kaki ketika berjalan.

"Bapa (Hashim Ariffin, 51) membawa saya ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk menjalani pemeriksaan. Saya diarah menjalani x-ray di Hospital Alor Star (HAS).

揝elepas x-ray, doktor mengesahkan saya menghidap barah sendi lutut dan perlu menjalani pembedahan untuk membuangnya segera. Doktor juga kata tulang sendi kaki kanan saya sudah rapuh dan perlu diganti dengan besi penyokong,"katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Aman, dekat sini, kelmarin.

Wardatul berkata, bapanya kakitangan Jabatan Bekalan Air (JBA), manakala ibunya, Saleha Nayan, 48, bekerja sebagai pembantu kedai makan.



Wardatul dijadual menjalani rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Ahad ini.



揃agaimanapun, kos pembedahan itu memerlukan perbelanjaan RM33,000, tetapi keluarga saya tidak mampu menyediakan sebanyak itu,
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 08:47 AM | Show all posts
Remaja hidap barah mohon bantuan segera


KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Empat hanya sempat mengikuti pembelajaran selama seminggu di sekolah, sebelum diserang barah pada lutut kirinya yang kian membengkak, sejak awal Januari lalu.

Kesakitan tidak tertahan itu menyebabkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat, Tumpat, Nekhamon Eh Sam, 16, dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.

Ibunya, Mek Sa Eh Sok, 40, berkata lutut kiri anaknya itu membesar hingga menyebabkan dia tidak mampu berjalan dan kini terlantar di HUSM sementara menunggu pembedahan.

揂wal Februari lalu, dia menjalani pembedahan mengambil tisu lutut bagi mengesan penyakitnya, sebelum disahkan menghidap barah sendi lutut atau Distal Femur Osteosarcoma,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2007 11:39 AM | Show all posts
Pahala besar jaga kebajikan anak yatim

SAYID Qutub berkata: Dasar takaful sosial itulah dasar masyarakat Islam. Kaum Muslimin diwajibkan menjaga kepentingan golongan yang lemah di dalam masyarakat. Anak-anak yatim yang kehilangan bapa mereka dan masih kecil merupakan golongan yang lebih utama mendapat perhatian dan perlindungan kaum Muslimin terhadap keselamatan diri dan harta mereka.

Dahulu sesetengah penjaga anak-anak yatim itu mencampurkan makanan anak-anak yatim dengan makanan mereka. Harta anak-anak yatim dengan harta mereka untuk sama-sama dilaburkan dalam perniagaan menyebabkan kadang-kadang berlaku penganiayaan terhadap anak-anak yatim.

Sejak itu, orang-orang yang bertakwa merasa keberatan (untuk makan bersama anak-anak yatim) hingga mereka asingkan makanan anak-anak yatim daripada makanan mereka.

Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: 揗emperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.231216 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list