Engy This user has been deleted
|
Haiii...I bengang betul dengan jabatan DBKL ni... . Tak taulah apa hal dengan pegawai mereka.. .Gaji tak cukup kah atau memang banyak kerja kena handle. Kejadiannya adalah macam ni... .Saya ni, sekarang tinggal di rumah sewaan DBKL.Bersama dengan famili lah.Penyewa ialah ayah saya... .Entah apa hal hari itu dapat notis mintak kita pindah...Tarikh terima notis ialah 19/5/06. Tapi tarikh notis ialah 14/4/06. Lagipun nama yang tertera atas notis itu adalah silap. Tapi alamat tu betul lah.. .Dalam notis mintak kami sekeluarga pindah dalam masa 30 hari... .
Tu lah pening dan hampir nak pengsan tak tahu apakah tindakan yang betul harus diambil... .Ayah pulak outstation. Nak suruh kami sekeluarga merempat kat mana ni?? Nak tanya apa hal yang sebenarnya pada mereka nombor telefon tak ada.Hanya ada alamat shj..Nak pergi tempat tersebut tanya dah waktu malam.Sebab saya baru balik dari kelas malam. Ibu pulak jenguk nenek yang sakit tenat kat kampung. Abang kakak pulak belum pulang dari kerja. Dah naik gelabah..:geram:.
Lepas tu, cadang nak tanya esok pagi di pejabat perumahan DBKL yang berhampiran rumah mereka pulak tutup. Jadi terpaksa lah tanya hari Isnin.Tanya hari Isnin,pegawal sana kata notis itu bukan dkeluarkan oleh mereka,jadi menyuruh kami ke pejabat di Kampung Baru sana baru boleh settle betul-betul. Ni lah bengang ni..Takkan nak mintak emergency leave pergi sanakan.
Lagipun bos saya bukan jenis bos yang murah hati.Tiba-tiba mintak emergency leave sure kena warning letter. Terpaksa lah pergi hari Selasa bersama abang saya. Keesokkan harinya, pergilah pejabat kat Jalan Tun Abdullah, Kampung Baru sana.Keaadaan cukup menyedihkan.Service yang mereka berikan memang boleh katakan "ichiban" top one di M'sia.Layanan di kaunter jugak selamba shj.Kata dengan kita kena uruskan hal kami di dalam salah sebuah bilik yang ada di situ. Lepas itu kami ikut shj lah arahan.. .
Tunggu sampai setengah jam,tak ada orang jugak dalam bilik.Tanya pegawai yang ada di kaunter tu berapa lami lagi kami kena tunggu?Kena sindir pulak dengan kata-kata yang menyakitkan hati.:geram:.Lepas tu, keluarlah entah dari mana satu pegawai lelaki.Pegawai yang ada di kaunter pulak tu jerit-jerit kat dia kata kita dah lama tunggu kat sana dengan nada yang menyindir dan menyinggungkan perasaan. Katanya mereka kena marah dengan kami. Ya Allah.Perkataan ini tercetus di otak saya walaupun saya bukan orang Islam. Malunya bukan terkira lagi.. .Depan orang ramai pulak tu....
Mana nak letak muka ini.Apa silap kami,kami hanya tanya berapa lama kami kena tunggu...Itu shj.Bukanlah nak kata apa.Kami tanya pun disalahanggap kata kami marah mereka.Sedih sekali. Lepas tu, pegawai berkenaan suruh tunggu lagi beberapa minit baru boleh layan kami.Ok.Selepas beberapa minit seperti yang dijanjikan pegawai tadi datang layan kami.Kami showlah kepada dia notis tersebut.Hanya nak make sure whether itu notis kepada orang lain atau kepada ayah kami.Oooii..BUkan main sakit lagi kali ini.Pegawai itu kata kami apasal lambat jumpa mereka.Katanya baru nak datang hari ini.Lagipun bukannya nak dengar penjelasan kami.Terus disindirnya macam itu.Tanya lagi kenapa ayah kami tak datang.Kami katalah dengan jujur ayah kami outstation.Dituduh pulak kami cakap bohong.Tak percaya pulak.
Takkan kami sebagai anak dan tinggal di rumah yang sama tidak boleh mewakili pihak ayah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Dahlah bagi notis salah,dituduh yang bukan-bukan pulak.Itu pun kami masih bersabar memandangkan kami orang yang berpelajaran dan terdidik.Tan nak timbulkan hal lagi.Lepas itu,pegawai tersebut suruh kami tunggu,dan dia pergi check apa hal yang berlaku.Lagi nak pengsan bila dia cakap notis ini bukan di bawah tanggungjawab mereka.Tapi notis itu ditandatangani oleh pegawai di pejabat mereka.Suruh kami balik ke zon perumahan DBKL ditempat kami settle hal kami di sana dan mereka tidak boleh buat apa-apa.:geram:.Kami pun terpaksa mengakur dan balik ke tempat tersebut dan mencari pegawai yang bertanggunjawab.Kata pulak kat kami pegawai tersebut tidak ada di pejabat.
Sungguh sorry lah kalau saya cakap mana pergi semua pegawai DBKL ni??Mungkin mereka orang berkepentingan dan tidak patut ada di tempat mereka selalu kah atau tidak cukup kakitangan DBKL.Suruh kami balik ke sana pukul 4 petang.Aduhai.....Saya masih kena balik kerja.Bukan suka suka boleh keluar.Kalau kena pecat entah mana nak cari duit untuk biayai yuran universiti.Lepas tu,terpaksa lah pergi esok pagi.Suruh kami try datang waktu pukul lapan pagi,tengok good luck ke boleh jumpa pegawai tersebut tak.... .Di sini,saya bukannya nak complaint ke apa.Cuma rasa sedih sekali dengan perkhidmatan yang disediakan oleh peagai DBKL kepada warga kota seperti kami.....:kant:
[ Last edited by Engy at 30-5-2006 05:24 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
awak... buat la paragraph... nanti takder org baca masalah ni pulak |
|
|
|
|
|
|
Engy This user has been deleted
|
Originally posted by fairy_hobbit at 30-5-2006 04:58 PM
awak... buat la paragraph... nanti takder org baca masalah ni pulak
Ok ok..I edit sikit... .:tq: |
|
|
|
|
|
|
|
dah dpt explanation ke pasal notis tu?
aku mmg tahap menggelegak kalau kena pas sana pas sini. |
|
|
|
|
|
|
Engy This user has been deleted
|
Originally posted by jfq at 30-5-2006 05:28 PM
dah dpt explanation ke pasal notis tu?
aku mmg tahap menggelegak kalau kena pas sana pas sini.
Dah.Sekarang baru rasa lega.:.Pergi pagi ini di pejabat perumahan yang berdekatan cari pegawai itu semula. First saya dengan ayah sampai sana pukul 8.40 pagi, mereka kata pegawai yang berkenaan telah keluar.Suruh kami tunggu lol. Jadi kami pun tunggulah. Sampai pukul 9.20pagi.Tak apa.Kerana orang yang bersabar tuhan sayang.
Jadi sebaik sahaja kami masuk berjumpa dengan dia,dia terus minta maaf dan beritahu kami bahawa mereka memang telah silap menulis alamat.Alamat kami ialah -10 tapi mereka sebenarnya nak bagi notis kepada alamat -05. Itulah..... .Kami pun tak apa-apa.Cuma rasa sangat bersyukur dan gembira. Kami kata dengan dia tak apalah..Kami cuma nak tahu samada notis itu kepada kitakah atau kepada orang lain.. Last last dapat answer begitu, terlalu gembira sehinggakan kami tak henti-henti ucap terima kasih kepadanya. Syukur..:pompom::clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Engy's post
poyonyer officer yg byk tanya tu. apsal la dbkl mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
uits......pergi dbkl kg baru, kat tingkat berapa dek? 5 ker? |
|
|
|
|
|
|
Scotland This user has been deleted
|
Macam mana nak apply rumah DBKL. Boleh isi bornag melalui internet.
Scot |
|
|
|
|
|
|
|
bg up sket thread ni.kali ni mmg betul DBKL bagi alamat betul.
pakcik aku menyewa kat flat DBKL.pastu pakcik aku ade la beli umah dekat2 area situ gak.kiranya pakcik aku penama nombor 1 la dlm S& tu.pakcik aku ni plak da lama bersara dr swasta.idup drg bahagia la sampai la dapat notis dari DBKL suruh kosongkan flat yg pakcik aku sewa dlm masa 1 bulan. alasannya sebab radius rumah yg dia beli tu dlm 35kn dari flat DBKL tu.mmg sedihlah klu kena halau cara camtu plak kan di usia emas.
mintak tolong korang klu tau camner nk solvekan kes ni.klu nk tukar nama kat geran umah tu mmg x sempat sebab amik masa ngan segala isu2 birokrasi.tak kan nk merayu ngan officials DBKL plak.sian la pakcik aku.help.thanks in advance
[ Last edited by apang at 21-5-2009 20:04 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|