CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: buku_ink

Kau Mawarku & Cinta Najla

[Copy link]
Post time 25-5-2006 09:48 AM | Show all posts
Insya Allah..akan d beli..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 31-5-2006 09:10 AM | Show all posts
memang best.  Keluaran syarikat Buku Prima tapi nampak ada Alaf21 gak pengedar tunggal dia.  Citer memang best2.  Aku baru je beli keluaran yang terbaru tajuk apa tah, tapi ada ....Madu.  Kisah seorang lelaki yang tak bekerja tapi berkahwin 3.  Last-last dicerainya tiga2...n gila talak.  Ceritanya memang menarik.
Reply

Use magic Report

syrzreen This user has been deleted
Post time 1-6-2006 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by ThreeSya at 31-5-2006 09:10 AM
memang best.  Keluaran syarikat Buku Prima tapi nampak ada Alaf21 gak pengedar tunggal dia.  Citer memang best2.  Aku baru je beli keluaran yang terbaru tajuk apa tah, tapi ada ....Madu.  Kisah seo ...

:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 08:26 PM | Show all posts
Saya dah beli Cinta Najla tadi..kat kedai tempat saya beli tu takdr la plak Kau Mawarku..nampak gayanya..saya kene beli Kau Mawarku kat kedai buku lain plak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2006 11:29 AM | Show all posts
Amacam KRUfan ok tak citer cinta najla tu..
boleh bagi komen x?;);)
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 07:59 AM | Show all posts
Originally posted by buku_ink at 7-6-2006 11:29 AM
Amacam KRUfan ok tak citer cinta najla tu..
boleh bagi komen x?;);)

Sorry, buku_ink..saya blom bace lagi la...kalau nak bace pon, kene start bace Kau mawarku dulu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2006 05:05 PM | Show all posts
Dunia Buku: Cinta, dendam manusia

KAU Mawarku karya Shahriah Abdullah berkisar kepada penderitaan dan keperitan yang terpaksa ditanggung Najla, anak gadis Datuk Nordin, akibat perbuatan khianat bomoh Sakai yang mementingkan wang daripada maruah.
Khairy Othman, pemandu teksi yang menjual isterinya, Ernita, bagi melangsaikan hutang membeli ganja, mengupah Sakai dalam usaha memenangi hati Najla meskipun disedari gadis itu sudah berpunya.

Perbuatan jahat Khairy menyebabkan Najla menangguhkan perkahwinannya dengan Herman, sepupunya tetapi tunangnya itu setia menanti dan membantu kekasihnya menghadapi situasi di luar duga.

Najla dan Khairy sempat berkasih selama dua bulan sebelum Khairy menyepikan diri dan kembali menghubungi gadis itu untuk melaksanakan rancangan jahatnya, menggunakan ubat pengasih sehingga mereka ditangkap khalwat.

Peristiwa hitam terbabit meninggalkan kesan mendalam terhadap Najla hingga menghadapi tekanan dan terpaksa dimasukkan ke hospital manakala ibunya, Datin Munira, diserang angin ahmar.

Khairy yang tersinggung kerana Najla menyembunyikan hakikatnya bahawa dirinya anak datuk menggunakan kesempatan itu melarikan gadis terbabit dan cuba memperkosanya dalam percubaan membolot harta keluarga Najla.

Najla yang berada dalam keadaan seperti orang bingung, akhirnya melarikan diri untuk berkahwin dengan Khairy di Siam tanpa pengetahuan keluarga tetapi sempat dihalang tunangnya dan dimarahi bapanya, Datuk Nordin.

Abu, pemandu teksi berkomplot dengan Khairy memerangkap Datuk Nordin agar menyerahkan wang RM1 juta tetapi lelaki jahanam itu sekali lagi membuat angkara apabila melanggar janji meskipun permintaannya sudah ditunaikan.

Keadaan gempar apabila Najla menghilangkan diri pada malam pernikahannya dengan Herman menyebabkan pemuda itu kecewa kerana bakal isterinya mengikut lelaki lain tanpa mengetahui Najla akhirnya menikahi Khairy.

Kebahagiaan Najla bersama Khairy tidak bertahan lama kerana ternyata Khairy sememangnya suami yang curang dan ubat pengasih mengakibatkan Najla jatuh sakit sehingga berlaku pendarahan.

Najla ditemui keluarganya dalam keadaan lemah dan mengalami pendarahan teruk hingga terpaksa ditahan di hospital tetapi doktor gagal mengubatinya serta menasihatkan Najla dibawa berubat dengan cara perubatan Islam.

Ernita meskipun selepas diberi habuan oleh Datuk Nordin untuk tidak mengganggu Najla meneruskan rancangan membalas dendamnya kerana terlalu sakit hati terhadap Khairy selain menyangka Najla merampas suaminya.

Apakah cinta Herman terhadap Najla masih utuh walaupun pernah dikecewakan dan apakah yang terjadi kepada Khairy, Abu serta Ernita akan diketahui dengan membaca novel setebal 312 halaman terbitan Buku Prima Sendirian Berhad berharga RM15.90 senaskhah ini.

http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0629072938/Article/

AKU JUMPA KAT RUANGAN SASTERA BERITA HARIAN KHAMIS 29 JUN 06

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2006 08:50 AM | Show all posts
dah kuar berita harian erk..
citer nie memang best tak rugi beli..:love::love:
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 4-7-2006 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by wakanabe at 30-6-2006 05:05 PM
Dunia Buku: Cinta, dendam manusia

KAU Mawarku karya Shahriah Abdullah berkisar kepada penderitaan dan keperitan yang terpaksa ditanggung Najla, anak gadis Datuk Nordin, akibat perbuatan khianat  ...

TQ... wakanabe.. di atas penerangan cerita.. ermm nampak best juge laa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 10:16 PM | Show all posts
macam best je.dah beli terpakai cinta najla.

so kena cari kau mawarku plak
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066826 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list