CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4066|Reply: 14

Cyberjaya dalam kenangan

 Close [Copy link]
Post time 8-4-2006 10:39 PM | Show all posts |Read mode
Cyberjaya...oh Cyberjaya....Aku masih ingat lagi semasa aku pertama sekali menjejakkan kakiku ke Cyberjaya dlm sekitar tahun 1999.Aku melapor diri di kampus baru Multimedia Universiti.Aku dtg dengan menaiki teksi dari KLIA.Sebelum berpindah ke Cyberjaya,aku sudah 3 tahun belajar di kampus Melaka.Ketika aku melapor diri dulu,suasana kampus MMU sungguh berbeza.Bayangkanlah tangga yang menyambungkan blok aku dengan blok sebelah pun belum siap lagi.Terpaksalah berjalan di tepi lorong tersebut untuk mengelakkan simen basah.Pada mulanya,aku berasa sungguh bosan berada di sana.Sebabnya tiada apa disini.Selain foodcourt di blok hostel aku,kadang-kadang aku dan kawan aku ke gerai makan Indon yang terletak dekat dengan hostel kami.

Lepas kuliah sahaja,aku terus balik ke asrama sebab tidak tahu apa yang nak dibuat.Kalau di Melaka dulu,sempat juga aku 'beriadah' ke Jaya Jusco atau Kotamas dengan menaiki basikal mountain bike ku.

Kehidupan aku menjadi sedikit bermakna setelah di'sponsor' sebuah komputer peribadi.Bolehlah aku buat tugasan aku tanpa perlu meminjam PC rakan sebilikku.Sememangnya aku sudah 'ketagihkan' sebiji pc.Apa tidaknya,di Melaka dulu,akulah yang selalu di makmal komputer berchatting dalam IRC.Sejak hari itu,aku semakin aktif dalam Yahoo Messenger.

Aku jarang keluar ke Kuala Lumpur walaupun sering diajak oleh rakan-rakanku."Malaslah",itulah jawapan yang selalu aku lontarkan.Aku bosan menunggu bas merah Park May yang datang 2 jam sekali di depan kampus.Aku lebih suka berada di dalam dunia 'Cyber' ku itu.Pada waktu itu belum ada lagi stesyen bas,Hassan's Cafe dan Nasi Ayam Malaysia.Tidak dapat dinafikan Cyberjaya adalah pekan mati apabila malam tiba.Kampus MMU bak sebuah pulau dikelilingi hutan kelapa sawit.

Namun begitu,ada sesuatu yang membuatkan aku begitu suka dengan Cyberjaya.Mungkin juga disebabkan nostalgia lama.Dan ketika aku menulis coretan ini,aku masih berada di Cyberjaya.




[ Last edited by  ultra78 at 8-4-2006 10:44 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2006 09:39 AM | Show all posts
x tau nk kata apa.....????!!!!
tp klu dah itu lifestyle ko nk buat mcm mn lagikan????

teruskan usaha kau kt situ....x lm lagi ko kn kluar......so chaiyo2...:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 04:16 PM | Show all posts
wah..cyberjaya.. saya pun ada kenangan kat situ.. 2001-2003 century square..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2006 01:34 AM | Show all posts
waah ultra..sambung aa lagi...aku pun student sana gak...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 03:17 PM | Show all posts
sambung jgn x sambung
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 10:24 PM | Show all posts
uhukss rindu sama MMU..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2006 09:55 AM | Show all posts
aku pun rindu kat MMU....cyberjaya....
first aku kije kat sana April 2000....aku sedih tul masa tu ...bas mmg 2 jam sekali...pastu melalui jalan2 tanah merah...waktu tu dlm pembikinan...
Lama gak aku kat sana sampai Nov 2003 kutinggalkan MMU dengan seribu satu kenangan....
masih ramai lagi kawan2ku yg bekerja disana....disenarai YM ku pun penuh dgn derang pun.
Dan kerana MMU lah ...aku merasa naik kapal terbang berbelas2 kali...kerana outstation..maklumlah asik mimpi jer naik kapal terbang dari kecik...Ghindu FOE...ghindu CRPP.....muahssss
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 02:18 PM | Show all posts
ultra....sambung ahh lagi...rindu cyberjaya gak nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2006 03:06 PM | Show all posts
rindu mmu..aku pun setat masuk sane taun 99..takde ape2 lg time tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 11:31 AM | Show all posts

Reply #3 bubble's post

I pun cam buble keje kat Century Square from 2003-2005..the year before kat Cyberjaya gak...suka makan kat Sirah utara kat Terminal.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by aleya06 at 22-6-2006 11:31 AM
I pun cam buble keje kat Century Square from 2003-2005..the year before kat Cyberjaya gak...suka makan kat Sirah utara kat Terminal.


ku pun suka makan kat sirah utara...sampai obses jer pernah sekali berhenti kat r & r...tengok signboard mcm sirah utara ingatkan depa ada cwgan lain ..rupanya board jer sama. kat dlm mmu pun ada sirah utara..boss yg sama. makanan mmg best....gik satu suka minum laici parut kat terminal tue. Kat situ ngan medan selera putrajaya jer yg best...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 04:16 PM | Show all posts

Reply #11 NonaNaga's post

Mee udang Sirah tu sedap...sekali-sekala i gi jugak makan kat Terminal tu...Medan Selera kat Putrajaya kat Precinct 8 ke? Mahal la makan situ although food ok...

Satu lagi fav. makan place i kat Cyberjaya ialah Kenanga kat Street Mall tu tapi sekali-sekala sgt bila terasa kaya jek...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 04:46 PM | Show all posts
kornag sebut kenanga..bubble pun teringat..time gaji je makan kat situ.. mahal tapi sodapppp..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 04:17 PM | Show all posts
Originally posted by aleya06 at 22-6-2006 04:16 PM
Mee udang Sirah tu sedap...sekali-sekala i gi jugak makan kat Terminal tu...Medan Selera kat Putrajaya kat Precinct 8 ke? Mahal la makan situ although food ok...

Satu lagi fav. makan place i kat ...


Kenanga tu.....NN pernah masuk makan sendiri sekali jer...selama kerja sana...org belanja 2-3 kali lah...
best sbb lecturer2 MMU yg chinese tu yg baik ngan NN selalu bawak makan situ...org belanja makan mana pun sedap ya tak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 11:24 AM | Show all posts
sue rindu ngan ukm leh?jgn mrh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.639901 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list