CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: fleurzsa

Meh Buat Batik Lukis

[Copy link]
Post time 5-4-2007 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 24-11-2005 01:23 AM
Penyediaan warna batik

-Menyediakan warna-warna batik dari serbuk warna batik.

-Membuat percubaan campuran warna / campuran dgn air untuk mendapatkan warna yang lebih cerah


ops... dah ada terangkan kat sini.
tp serbuk warna batik tu cmner ek? mana nak dpt?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2007 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 5-4-2007 07:55 AM


Boleh...


YES!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 04:03 PM | Show all posts

Reply #41 sayangidaku's post

nama color batik nie remazol..serbuk mcm tepung tp kasar skit..
harga pun mahal..
harga berbeza ikut color
nak jimat beli warna asas je
dkt gombak dlm ader satu kedai cina mmg jual sume2 benda nak buat batik
kanvas pun ader gak jual
kedai tue hehe xrupa kedai..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 12:48 AM | Show all posts

Reply #43 twelve12's post

thanx twelve12 :tq:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 09:06 PM | Show all posts

Langsir daripada fabrik batik

Oleh Mohd Amin Jalil

Tukang jahit di Senawang, Sanisah Mohd Alwi hasilkan rekaan moden tambah seri kediaman

SATU ketika dulu, kain bermotifkan batik dianggap produk murahan kerana selain hanya digunakan di rumah, ia juga dianggap sekadar pakaian basahan.

Bagaimanapun, kain bercorak unik tradisi nenek moyang itu yang dihasilkan menerusi kreativiti pelukis dan idea menarik pereka fesyen, kini sesuai digayakan ke mana saja berikutan revolusi dialami.



Malah, produk batik yang selama ini dianggap hanya aksesori badan kini turut dipelbagaikan kegunaannya seperti langsir rumah, menjadi penghias pintu dan tingkap.

Menyedari belum ada pihak yang mengetengahkan batik sebagai langsir kediaman, seorang pengusaha yang sudah terbabit dalam bidang jahitan lebih 10 tahun mula menerokainya.

Sesuai dengan status batik iaitu eksklusif, mewah dan terkini, Sanisah Mohd Alwi, 40, dari Taman Alamanda di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan mula mengembangkan aktiviti perniagaannya dengan menjadikan langsir batik sebagai produk baru sejak tiga bulan lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 09:17 PM | Show all posts
"Pelbagai rekaan terbaru dan moden menggunakan rekaan batik daripada pelbagai jenis kain seperti sifon, satin, jacquard, organza dan kapas dengan motif abstrak, kontemporari, bunga serta alam semula jadi memberi idea kepada saya mengeksploitasikannya sebagai hiasan langsir kediaman," katanya.

Beliau berkata, perkembangan terkini turut menyuntik semangatnya meneroka potensi itu kerana batik kini bukan saja diminati masyarakat Melayu, tetapi juga kaum lain dan wajar dikembangkan untuk hiasan rumah.

Mengenai harga, Sanisah berkata, ia bergantung kepada jenis kain, iaitu RM100 bagi kain kapas sepanjang satu meter, manakala kain jenis jacquard sebanyak RM270 untuk satu meter dan RM330 semeter pula bagi kain jenis satin.

"Paling murah bagi satu set langsir untuk pintu utama, iaitu yang ada tiga panel pintu ialah kira-kira RM1,000," kata bekas kakitangan syarikat swasta itu yang memulakan perniagaan dengan hanya pengetahuan asas jahitan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2008 12:39 PM | Show all posts

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Seni/20071229110754/Article/

Fungsi batik dipelbagaikanOleh Shaidah Shafie
[email protected]

ANTARA jenis batik sarung dan batik kaligrafi yang turut dipamerkan.

103 karya dipamer pada pameran Batik Malaysia

PAMERAN Batik Malaysia: Satu Warisan berlangsung di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur, sehingga 6 Januari depan, mengetengahkan karya seni yang mampu menerobos pasaran global kerana keunikannya.

Fungsi batik pada pameran ini dilihat dari pelbagai sudut seperti hiasan dinding, kelengkapan rumah, sejadah, selendang , karya kraf berbanding sebelum ini hanya dijadikan sebagai sarung atau busana semata-mata.

Seni lukisan batik yang dipelopori Datuk Chuah Thean Teng sejak 1950-an dikatakan merangsang minat pelukis lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo-Leong, Fatimah Chik dan Ismail Mat Hussein untuk sama mencuba.

Ismail misalnya, akrab dengan pelukisan masyarakat Melayu yang kaya dengan budaya, tradisi seni silat, kerajinan kaum wanita mencari rezeki, sarung batik dikenakan dengan kebaya pendek, dapat diteliti lewat karya Orang Bersilat dan Perempuan Pasar.

Tay Mo-Leong pula mengabadikan kudrat wanita penoreh getah melalui karyanya, Penoreh Getah dan Khalil merakam kegiatan harian penduduk kampung lewat Gerakan Hijau manakala Ibu dan Anak karya Datuk Chuah, menyentuh naluri kemanusiaan dengan perincian ibu dan anak.

LUKISAN batik Gerakan Hijau karya Khalil Ibrahim.

Pengunjung pameran ini turut berpeluang melihat perbezaan batik Kelantan dan Terengganu dengan mengesan sama ada ia menggunakan cetakan teknik cop, lukisan tangan atau sutera saring yang menjadi jati diri kedua-dua negeri terbabit.

Karyaneka menerusi lukisan tangan Sani Sabar menerapkan motif flora kontemporari dengan menggunakan fabrik sifon, menimbulkan kesan menakjubkan kerana tampil unik serta memikat selain adunan warna pilihan memberi nilai tambah kepada karyanya itu.

Koleksi lebih 30 penggiat dengan 103 karya batik pada pameran ini menunjukkan evolusi batik Malaysia terbahagi kepada Batik Sarung, Batik Ela, Batik Era Baru, Fesyen Seni Batik, Batik Acara Khas dan Lukisan Batik dengan setiap satu memancarkan kelainan tersendiri.

INFO: Batik Malaysia: Satu Warisan
  • Lokasi: Balai Seni Lukis Negara, Jalan Temerloh off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
  • Tarikh: 6 Disember hingga 6 Januari 2008
  • Anjuran: Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2008 06:44 PM | Show all posts
hmmm hari ni wajib pakai batik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2008 06:47 PM | Show all posts
MERUJUK KEPADA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1/2008 KERAJAAN TELAH MEMUTUSKAN MEMAKAI PAKAIAN BATIK BAGI KAKITANGAN AWAM.  

Tarikh Berita : 16.01.08  

Pakaian Batik di pakai oleh pegawai awam pada hari pertama dan hari ke 15 setiap bulan dipinda kepada setiap hari Khamis kecuali pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam. Pindaan ini juga melibatkan fesyen pakaian Malaysia Alternatif bagi kakitangan lelaki. Pindaan ini berkuatkuasa 15 Januari 2008.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 08:33 PM | Show all posts
15 November, 2008
Batik Malaysia Tawan Cita Rasa Warga Washington


Oleh Salmy Hashim

WASHINGTON, 15 Nov (Bernama) -- Keindahan dan keunikan pakaian batik Malaysia hasil ciptaan pereka fesyen terkenal yang digayakan oleh sekumpulan model pada pertunjukan koleksi Pakaian Batik Musim Bunga dan Musim Panas 2009 di sini, memikat hati kebanyakan warga Washington.

Pertunjukan anjuran Kedutaan Malaysia pada Khamis malam itu, menampilkan corak rekaan kontemporari dan ranggi hasil ciptaan Innai Batik, Nazleen Noor dan Anggun Collection yang dibawa oleh Mybizcouncil, sebuah kumpulan rangkaian perniagaan Malaysia di Amerika.

Kedutaan Malaysia di sini bertukar peranan sebagai sebuah gedung fesyen selama 30 minit di mana pengunjung yang penuh sesak mengambil kesempatan untuk menghayati keunikan kaftan batik beraneka warna dan corak ciptaan Innai Batik; batik Sarawak dan seni Pua keluaran Anggun; serta corak kontemporari dan inovatif hasil karya Nazleen Noor.

Berpuluh jurufoto yang memenuhi bahagian belakang Dewan Tun Hussein, tidak putus-putus merakam aksi model yang menggayakan koleksi pakaian itu.

Malam persembahan budaya dan kesenian Malaysia itu bermula dengan pameran pelbagai hasil kesenian Malaysia yang menampilkan karya seniman terkenal Malaysia yang menjadi koleksi kedutaan berkenaan sejak lebih 50 tahun lepas.

Pameran bertajuk "Art Treasures from the Embassy" itu, yang dianjurkan bersama oleh Kedutaan Malaysia, Persatuan Asia dan Persatuan Malaysia Amerika, mengisahkan tentang sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh rakyat Malaysia sejak negara mereka hanya dikenali sebagai pengeluar getah asli dan bijih timah, hinggalah zaman sekarang.

Kuasa Usaha Ilango Karuppannan berkata bidang kesenian dipilih sebagai tema bagi mempamerkan kebudayaan dan warisan Malaysia kerana "seni adalah jendela untuk mengenali jiwa sesebuah masyarakat."

Katanya hasil seni dan artifak itu mampu menceritakan tentang ciri-ciri Malaysia yang bersifat pelbagai etnik, pelbagai budaya dan pelbagai agama, yang mencerminkan dengan jelas kekayaan ciri-ciri budaya Asia yang dimilikinya.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 12:20 PM | Show all posts
cik guuu.... apa jadi projek lukis layang-layang kita?
kain tu ada lagi ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.206906 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list