CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: peYno

Lirik lagu Aduh Saliha

[Copy link]
Post time 3-4-2006 09:08 PM | Show all posts
Originally posted by peYno at 30-3-2006 08:05 PM
yg kelakaunya loloq sendiri pernah mengaku lagu aduh leha ni menceritakan kisah rindu dendam seorang lelaki pada ppuan bernama Saleha...
sapa pencipta  lirik aduh leha yg kata lagu tu islamik tu ...


Saliha bermaksud perempuan yg solih...hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2006 10:56 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 3-4-2006 09:08 PM


Saliha bermaksud perempuan yg solih...hmmm

so..kalau pakai nama markonah ke, peah ke tak islamik ke???
penulis lirik tu sendiri dah kata lagu ni lagu cinta rindu dendam pada wanita...kesian aku tgk ada forumner yg mati2 kata lirik ni berunsur keTuhanan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2006 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by peYno at 3-4-2006 10:56 PM
so..kalau pakai nama markonah ke, peah ke tak islamik ke???
penulis lirik tu sendiri dah kata lagu ni lagu cinta rindu dendam pada wanita...kesian aku tgk ada forumner yg mati2 kata lirik ni ber ...


I lagi kasihan sekiranya u mati2 tak dpt terima hak kebebasan bersuara forumners, potensi kreativiti forumners dan aspek perbezaan individu.

Sekiranya tak silap masa Anugerah Planet Muzik dahulu ada M Nasir kata lagu Aduh Saliha ni lagu Melayu Arab... so dlm bhs Arab salihah adalah perempuan yg soleh walau pun dlm lirik tersebut tidak menggambarkan perempuan yg soleh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2006 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 4-4-2006 10:50 AM


I lagi kasihan sekiranya u mati2 tak dpt terima hak kebebasan bersuara forumners, potensi kreativiti forumners dan aspek perbezaan individu.

Sekiranya tak silap masa Anugerah Planet Muzik da ...


Nak buat camna lagi fleurzsa........ibarat memberi bunga pada beruk. Bagilah apa saja jenis bunga...bunga melor ker, bunga kekwa ker, bunga cempaka ker tapi kalau dah ? apalah yang ia nampak pada keindahan bunga tersebut melainkan...ialah   ?   katakan! Hehehehee!

Kesian gak pada dia. Sapa-sapa forumners yang rajin layan lah ?  tu.


fleurzsa: Sorry, edited krn tidak sesuai. Thanks.

[ Last edited by  fleurzsa at 5-4-2006 12:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2006 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 4-4-2006 04:16 PM
fleurzsa: Sorry, edited krn tidak sesuai. Thanks


OK no problem...takut kecik hati pula nanti beruk-beruk kat zoo negara tu.

[ Last edited by  Gravedigger at 8-4-2006 01:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 03:31 PM | Show all posts
perlu ke kite mentafsir segala jenis lagu & lirik yg dilambakkan depan kite utk menentukan sama ada lirik tu bermanfaat ke tak....bg aku, kite tak perlu skeptikal utk menilai sama ada lagu tu membawak mesej yg baik ke tak sbb itu bergantung kpd interpretasi masing2...avoid from being so judgmental & terima seadanye sesebuah lagu tu...habsah hassan penah meluahkan rasa ralatnye bila org salah tafsir lagu 'kau satu2nya' yg dia buat utk ukays sbb org faham lagu tu utk cinta sesama manusia sedangkan dia buat lagu utk cinta kepada Allah...mencari hikmah & pengajaran bukan hanya melihat atas perkataan2 yg terpapar atas kertas je, memahami menuntut usaha lebih dari itu...mcm m.nasir kata "lihat dunia dr mata burung, bukan lihat dr dalam tempurung"...kalo perkataan yg zahir atas kertas saja yg nak dinilai, maka hamzah fansuri dah bole dikira murtad, tp tu bukanla kerja kite...

setiap org ada pemahamannye masing2....kalo 1 ayat bole difahami dgn 2 maksud, 1 yg baik, 1 yg tak baik, jd utk ape amik yg tak baik...pilihla yg baik..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-4-2006 08:30 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 4-4-2006 04:16 PM


Nak buat camna lagi fleurzsa........ibarat memberi bunga pada beruk. Bagilah apa saja jenis bunga...bunga melor ker, bunga kekwa ker, bunga cempaka ker tapi kalau dah ? apalah yang ia nampak pa ...


sayu jer kan org yg cipta lirik tu cakap lain...dia pulak cakap lain...ni namanya lebih kuah dari sudu...prrrfthh
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 01:30 AM | Show all posts
perlukah ina tunjuk skill kat sini..:cak:..ahahaxsx.. tak usahla..karutlak jadik..:cool:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2006 05:43 PM | Show all posts

Propa: Sifu M Nasir mulakan filem cinta Aduh Saliha!

petikan Berita Harian 26 September 2006
Oleh CK

DALAM diam-diam dikatakan sifu M Nasir, kini sudah bersiap sedia dengan skrip dan sedang dalam proses praproduksi untuk memulakan penggambaran filem muzikal cinta, Aduh Saliha!

Judul ini sudah tentu diambil pada lagu Mawi yang meletup dulu. Tentu ramai peminat Mawi tertunggu pula versi filemnya.

CK dapat rasakan, filem ini ada nilai komersial dan sudah tentu Mawi akan jadi hero. Soalnya, siapa akan jadi heroin dan bawa watak Saliha kelak? Mungkin kalau ada kejutan, M Nasir boleh ajak Ina (bekas tunang Mawi) berlakon sama, tentulah lagi gempaq.

Apapun, CK nak tunggu hasil kerja M Nasir kali ini. Dulu filem arahannya, Merah boleh tahan juga tapi kali ini biarlah lebih baik daripada Merah, jangan harap komersial kerana ada Mawi saja. Tak gitu, Nasir?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 03:47 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 12-10-2006 05:43 PM
petikan Berita Harian 26 September 2006
Oleh CK

DALAM diam-diam dikatakan sifu M Nasir, kini sudah bersiap sedia dengan skrip dan sedang dalam proses praproduksi untuk memulakan penggambaran fi ...


Mawi telah menyatakan kesediaannya untuk berlakon dalam filem tapi telah mengenakan syarat-syarat tertentu. Nampaknya ramai pula pelakon lain yang melenting seolah-olah syarat tersebut sesuatu yang aneh untuk seorang pelakon. Antara syaratnya ialah tidak mahu melakonkan babak-babak romantik dan tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita. Mawi mengambil contoh seperti filem-filem Iran dimana tidak ada adegan-adegan tersebut ditujukkan namun filem Iran masih tetap bermutu dalam rantau Asia.
Semoga Mawi teguh dengan prinsipnya ini.

Bagaimana pula dengan tema Aduh Saleha?
Harap jangan hanya bertemakan cinta pada wanita saja. M.Nasir mungkin boleh bawa kelainan dalam filemnya itu nanti. Kalau saya jadi pengarahnya....mungkin bertemakan pencarian cinta seorang lelaki kepada wanita idamannya namun akhirnya ia menjumpai cinta yang lebih sejati terhadap Kekasih abadinya sebenar. Bukan kerana gagal atau kecewa tetapi kerana telah merasa kenikmatan dan keindahan yang sebenar apabila bersatu denganNya.


[ Last edited by  Gravedigger at 16-10-2006 03:49 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 03:46 AM | Show all posts
Bidang seni hiburan ni byk sepak tendangnyer...

Pandai2 la u nak hidup... Mawi wehhhh..

Kita yg tak jadi artis ni pun mcm2 cubaan n masalah yg dtg...

Mcm I sbg pendidik...yg memang bertugas mengawal moral students... students sema memerhati je...salah sikit adalah yg berketuk... I buat yg termampu je... malas nak hipokrit.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2006 05:32 PM | Show all posts
Lagu Aduh saliha ni dengo dengo kena banned untuk main di Stesen stesen radio kat brunei..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2006 05:02 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 16-10-2006 03:47 PM


Mawi telah menyatakan kesediaannya untuk berlakon dalam filem tapi telah mengenakan syarat-syarat tertentu. Nampaknya ramai pula pelakon lain yang melenting seolah-olah syarat tersebut sesuatu yang aneh untuk seorang pelakon. Antara syaratnya ialah tidak mahu melakonkan babak-babak romantik dan tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita. Mawi mengambil contoh seperti filem-filem Iran dimana tidak ada adegan-adegan tersebut ditujukkan namun filem Iran masih tetap bermutu dalam rantau Asia.
Semoga Mawi teguh dengan prinsipnya ini.

prrrffthhh prinsip kununn..tu prinsip masa berlakon je ke??? kalau kat luar boleh pulak ramas2 tangan ppuan..

tu bukan prinsip...tu hipokrit tu...cakap tak serufa bikin
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 08:10 PM | Show all posts

Reply #112 LailaTempawan's post

sebab nama saliha tu ada kaitan brunei royalties ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 05:38 PM | Show all posts
Salam semua ...
Walaupun pun post ni dah lama ..
Dan saya adalah dalam tahun lepas nak tulis pasal kuapsan tersirat Aduh Saleha ...
Maka .. izinkan saya buat tafsiran saya di sini
Dipetik dari laman blog saya fairuzhafeez.blogspot.com


[size=130%]TRIBUTE FOR LOLOQ


Lagu : Aduh Saleha
Penyanyi : Mawi
Komposer : M. Nasir

Penulis Lirik : Rosli Khamis



ADUH SALEHA
// Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah

Mana rayuanku hendak ku sampaikan
// Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat
rindu berahiku pada kasih yang jauh
// Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya
jauh bukan jarak dan tempat
// bukan jauh jarak atau di mana aku berada
jauh nama dan pangkat
// tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
// Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung
dendam asmaraku pada cinta yang luruh
// Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad
luruh bukan daun dan bunga
// Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit
luruh jiwa dan badan
// tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad

Bertahun ku sandar percaya
// Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya
tak mungkin padam cahaya
// dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya
cintamu bagai rembulan
// Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada
hilang dipandangan
kala langit dilindung awan
// Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)

Aduh mahkota terhempas
// Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa barulah ku sedar, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa)
yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca
// Ini adalah kerana apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya

sesudah berdarah
barulah ku sedar
// Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar dari angan
jiwa ku tercalar ohhh..sakitnya
bukan kepalang
// Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman

Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saliha
//Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yangmenjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis)walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saliha
// Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh
kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saliha
// Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri
ohh.........saliha
// Tolonglah aku orang-orang yang soleh


Nota :
Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu nanti.
Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa (sudah tua) atau tiada kuasa
( sudah tiada).


Marilahbersama-sama kita renung dan hayati kata-kata nasihat alim ulamak yangsoleh dan solehah. Kalau tidak tahu, bertanya pada yang tahu, Malubertanya sesat jalan, bertanya pada yang tahu.



Izinkanaku bertanya , Sesudah nabi besar junjungan kita dan para sahabattiada, kepada siapa kita hendak berpaut dan mendapat bimbingan ?
Adakah kita semakin dekat dengan Nur atau semakin dalam kegelapan ?
Fikir dan jawab sendiri !!!
  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 05:40 PM | Show all posts
khas untuk feyno dan fleurzsa ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2009 03:34 AM | Show all posts
Thread ni dah tamat ke ? hu hu ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.053973 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list