CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3402|Reply: 5

[Sarawak] Jurujual maut, kemalangan 4 kenderaan di Kapit

[Copy link]
Post time 12-10-2021 11:49 AM | Show all posts |Read mode



Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbalik dalam satu kemalangan berantai di Jalan Bleteh, Kapit kira-kira jam 4.20 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ting Hing Lee, 40, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kapit pada jam 6.15 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kapit, Erwandy Tugor berkata, kemalangan tersebut melibatkan empat buah kenderaan termasuk sebuah SUV Lexus RX350 yang dipandu oleh mangsa.

Terdahulu, katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 petang.

Sepasukan bomba kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi penyelamatan.

“Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah kereta Lexus dalam keadaan terbalik di tengah jalan dan pemandunya telah dikeluarkan oleh orang awam dan sedang dirawat oleh pegawai paramediks,” ujarnya.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian paha kiri dan mengalami pendarahan teruk manakala semua pemandu tiga buah kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya lagi, komander operasi kemudian mengarahkan anggota EMRS membantu pihak hospital.

Selesai rawatan awal di lokasi mangsa telah di bawa ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

“Pihak kami hanya membersihkan permukaan jalan bagi membuang serpihan kaca dan minyak untuk mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya lagi.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.23 petang. – TVS



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2021 11:53 AM | Show all posts


KAPIT: Seorang lelaki maut apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terlibat kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Bleteh, kira-kira jam 4.15 petang semalam.


Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Freddy Bian berkata, mangsa dikenali sebagai Ting Hing Lee berusia 40 tahun, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kapit pada jam 6.30 petang.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan itu berlaku apabila kenderaan yang dipandu mangsa dan sebuah lagi kereta bergerak dari arah Jalan Bleteh manakala dua buah kereta lagi dari arah bertentangan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta SUV mangsa telah melanggar sebuah kereta dari arah belakang menyebabkan kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan dan melanggar dua buah kereta lain sebelum ia terbalik di tengah jalan," katanya menerusi saru menyataan hari ini.

Akibat itu, katanya mangsa mengalami kecederaan parah di kaki dan dikejarkan ke Hospital Kapit.

"Pada jam 6.30 petang, pihak hospital telah memaklumkan bahawa mangsa telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," jelasnya.

Sementara itu, katanya semua pemandu ketiga-tiga kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut tidak cedera.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tambahnya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2021 11:54 AM | Show all posts
area ni memang selalu berlaku kemalangan ...

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 12:29 PM | Show all posts
Edited by Thunderclouds at 12-10-2021 12:30 PM

Takziah. Kesiannya. Kelmarin bwk ank2 blk umah lg 1. Depa suruh drive laju sikit i jwb xboleh sbb bila ada penumpang kna utamakn keselamatan penumpang. Bila drive sorg ja i bwk laju. That's not true though, bila bwk sensorg utamakn pulak pengguna jlnraya yg lain. Bila semua hati2, InsyaAllah selamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2021 12:34 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 12-10-2021 12:29 PM
Takziah. Kesiannya. Kelmarin bwk ank2 blk umah lg 1. Depa suruh drive laju sikit i jwb xboleh sbb bi ...
walaupun sensorang ...
kena ingat siapa yang kita akan tinggalkan ... sapa nak jaga mereka ...


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah diucapkan...
Tak berkesudahan sungguh kemalangan jalan raya ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.096773 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list