View: 6488|Reply: 17
|
OKU dakwa disorok lima wanita muka hitam, ingat dah selesai. Rupanya 2 makhluk m
[Copy link]
|
|
REMBAU – Orang kelainan upaya (OKU) yang dipercayai disorok lima makhluk halus berwajah hitam selama 12 jam telah dipulihkan semangat oleh seorang pengamal perubatan Islam dari Muar, Johor.
Bapa kepada Mohd. Fashah, 35, Samat Ramu, 63 berkata, ketika proses perubatan itu, anaknya dikatakan masih bersama dua makhluk halus yang masih berdamping dengan anaknya itu.
“Mohd. Fashah ketika dijumpai masih diganggu dua makhluk itu sehingga ke rumah sebelum pengamal perubatan itu menghalaunya,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Mohd. Fashah ditemui dalam keadaan lemah dan kecut dalamsebuah kolam terbiar akibat disorok makhluk halus.
Penduduk Kampung Sungai Raden, Lubuk China di sini mendakwa kampung itu sering berlaku kejadian orang hilang secara misteri dan dikembalikan dalam keadaan lemah kerana dipercayai menjadi ‘laluan keramat alam ghaib’.
Kata Samat, pengamal perubatan itu memberi gambaran makhluk halus yang menyorok anaknya serupa seperti yang digambarkan anaknya tetapi lima berwajah hitam itu mengikat rambut.
“Malah, pengamal perubatan Islam itu turut menyatakan sudah menghantar dua makhluk halus yang masih mengikut anaknya itu ke rimbunan pokok sawit liar berdekatan kolam tempat anak saya dijumpai,” ujarnya.
Ujarnya, dia kini lega kerana dua makhluk halus yang mengekori anaknya hingga ke rumah telah dihalau dan berharap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.
Samat menunjukkan tempat rimbunan pokok sawit liar tempat dua makhluk halus dihalau selepas mengekori anaknya hingga ke rumah di Kampung Sungai Raden, Lubok China, Rembau semalam.
“Anak saya beritahu lima wanita berwajah hitam dan berambut panjang telah mengangkatnya dari katil ketika dia sedang tidur di dalam bilik rumah sebelum disorok di sebuah kolam terbiar di kawasan semak.” Itu cerita Samat Ramu, 63, mengenai misteri yang menimpa anaknya, Mohd. Fashah Samat, 35, yang dipercayai disorok makhluk halus selama kira-kira 12 jam di Kampung Sungai Raden, Lubok China di sini, Sabtu lalu.
Sumber:Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
--lubok cina ke? mmg banyak kes
--ada satu kes sorang remaja ni main telefon belakang rumah
--tetiba hilang, telefonnya ada
--12 jam hilang. sekali jumpa dalam hutan duduk termangu macam hilang akal |
|
|
|
|
|
|
|
Sah !! Tak syak lagi
ini memang kerja KJ dia lah bapak segala muka hitam
dia nak paksa ko cucuk vaksin nakharom corona
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada siapa kacau benda tu maka dia datang ganggu orang kampung? Ke nak buat kawan.. biasa orang lemah memang benda-benda ni suka kan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 14-1-2022 12:33 PM
.......... |
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 11-10-2021 11:46 AM
Sah !! Tak syak lagi
ini memang kerja KJ dia lah bapak segala muka hitam
Koh koh koh.. jgn marah sgt.. nanti hang berjodoh dgn bdk hitammmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kes Acap yg hilang kat perak beberapa tahun lepas....apa la nasib beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa mesti nak hitam, kenapa tiada warna lain yang digunakan? |
|
|
|
|
|
|
|
KelisaOren replied at 11-10-2021 01:47 PM
Teringat kes Acap yg hilang kat perak beberapa tahun lepas....apa la nasib beliau
Dia tu mesti kena culik, sebab detect phone dia few hours kan..I tak ingat apa terms yg diguna |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 11-10-2021 02:35 PM
Dia tu mesti kena culik, sebab detect phone dia few hours kan..I tak ingat apa terms yg diguna
Culik dgn ???"" ape motip
So bomo kt mlaysia tk power la kn |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti kerja Kim K lepas MET Gala |
|
|
|
|
|
|
|
Fashah ditemui dalam keadaan lemah dan kecut dalamsebuah kolam terbiar akibat disorok makhluk halus.
dia kecut mcmana tu?
baideway.. chuols poremer why bodyshaming makhluk ittew.. wajah hitam tu natural laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikat rambut yg tak menahan tu
Spesis jin pakai toncit lah tu yg nak bergurau dgn mangsa
Gigihlah 5 orang pi angkat mangsa semata nak bergurau
|
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 11-10-2021 11:46 AM
Sah !! Tak syak lagi
ini memang kerja KJ dia lah bapak segala muka hitam
Terbukti sudah...makhluk berwajah itam itu memang menyusahkan... |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 12-10-2021 07:30 AM
Ni mesti kerja Kim K lepas MET Gala
Donda donda donda hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Org tua2 dulu2 ckp mgkn bunian...kalu dia kasi ketol emas jgn ambik mgkn bnda yg sebaliknyer... |
|
|
|
|
|
|
| |
|