CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2777|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari: Sarawak perolehi RM6.8 bilion melalui SST

[Copy link]
Post time 10-10-2021 12:49 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan Sarawak menerima pulangan masuk sebanyak RM6.8 bilion hasil daripada cukai jualan negeri (SST) ke atas produk petroleum untuk tempoh 2019 hingga September tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dengan hasil lebih tersebut kerajaan negeri mempunyai keupayaan melaksanakan pelbagai pakej bantuan termasuk BKSS dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Walaupun Keluaran Dalam Kasar Negeri (KDNK) telah menguncup antara enam hingga tujuh peratus tahun lalu.

“Namun, terdapat sedikit kelegaan kerana dalam pada ekonomi mengalami pengucupan, pulangan hasil negeri meningkat daripada RM6.0 bilion kepada RM10.0 bilion berikutan langkah kreatif melaksanakan “revenue re-engeering” yang telah memberi pulangan yang agak besar kepada ekonomi negeri,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada Majlis Jamuan Negeri Sempena Hari Jadi  Ke-85 Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di BCCK, malam tadi.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak telah mendepani setiap cabaran dengan cekal dan tabah, selain usaha gigih untuk merumuskan strategi bagi melindungi nyawa rakyat dan mempertahankan ekonomi.

Sementara itu, kemuncak majlis sambutan menyaksikan Tun Taib kemuncak memotong kek hari jadinya diikuti dengan persembahan nyanyian dan tarian termasuk persembahan video khas bertajuk ‘Abdul Taib Mahmud: The Untold Story Part Two’.

Turut hadir, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan barisan kabinet negeri yang lain.


sarawakvoice.com/2021/10/10

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.030181 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list