KUCHING: Sarawak membenarkan pengoperasian semula sektor industri kreatif (pawagam) mulai 10 Okt ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kebenaran beroperasi di bawah Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 itu perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
“Prosedur operasi standard (SOP) sektor industri kreatif (pawagam) boleh didapati di laman sesawang JPBN iaitu http://sarawakdisastermc.com,” katanya, menurut laporan Bernama.
Dalam perkembangan berkaitan, hanya 1.57% atau 21 daripada 1,339 kes positif Covid-19 direkodkan di negeri ini semalam melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.
Baki 98.43% atau 1,318 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.
Selain itu, negeri itu mencatatkan lapan kematian akibat Covid-19 dari 28 Sept hingga 6 Okt manakala terdapat sembilan kluster diisytiharkan tamat semalam, menjadikan jumlah kluster yang aktif setakat ini ialah 80.
sarawakvoice.com/2021/10/09
|