View: 969|Reply: 1
|
Harimau Malaya kena tunggu dulu
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Perlawanan persahabatan membabitkan skuad Harimau Malaya hanya akan ditentukan sebaik barisan pemain menyertai kem latihan pada waktu terdekat ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Saifuddin Abu Bakar berkata, ketika ini pihaknya agak sukar menyusun untuk mengadakan sesi perlawanan persahabatan berikutan kes Covid-19 masih lagi tinggi.
Beliau berkata, perkara penting ketika ini adalah menyenaraikan barisan pemain seterusnya memanggil mereka menyertai kem latihan yang dijangka bermula Oktober ini.
Menyedari perlawanan persahabatan cukup penting buat skuad Harimau Malaya, Saifuddin berkata pihaknya akan cuba mengatur sekurang-kurangnya dua perlawanan persahabatan sebelum menjelang saingan Piala AFF.
"Pada masa sekarang, kita belum ada lagi negara yang boleh diadakan perlawanan persahabatan berikutan kekangan membabitkan masa dan pandemik Covid-19.
"Kita akan memanggil barisan pemain terlebih dahulu untuk menyertai sesi latihan dan seterusnya barulah menentukan perlawanan persahabatan nanti.
"Apa yang penting, kali ini kita akan manfaatkan peluang yang ada untuk melakukan persiapan rapi bukan saja untuk mengharungi perlawanan Piala AFF namun turut membabitkan Pusingan ketiga kelayakan Piala Asia tahun depan," katanya.
Skuad Harimau Malaya bakal berdepan dengan dua perlawanan penting membabitkan saingan Piala AFF dijadualkan berlangsung dari 5 Disember sehingga 1 Januari tahun depan.
Saingan Piala AFF juga sebagai medan terbaik untuk memilih pemain bagi menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 dijangka berlangsung Februari tahun depan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuad Harimau Malaya ketika menjalani latihan sebelum ini. FOTO File NSTP |
|
|
|
|
|
|
| |
|