CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1069|Reply: 1

Piala Malaysia hilang tarikan - Ramli Junit

[Copy link]
Post time 21-9-2021 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Melaka: Walaupun saingan kejohanan berprestij Piala Malaysia bakal membuka tirai namun kemeriahan dan kerancakannya seakan suram.

Bekas pemain bola sepak skuad Olimpik 1980, Ramli Junit antara legenda yang amat merasai kehambarannya saat ini walaupun dengan kehadiran pemain muda berbakat dan barisan import yang membanggakan dimiliki sesetengah pasukan terbaik yang bersaing.

Katanya, semua menyedari hakikat pandemik Covid- 19 menjadi antara faktor keterbatasan dan kemeriahan tambahan kebimbangan wabak menjangkiti penggiat sukan berkenaan.

Menurutnya, kekangan pergerakan, larangan penonton menyaksikan perlawanan selain faktor ekonomi termasuk ada yang hilang pendapatan, kematian dan serangan Covid yang terpaksa dilalui komuniti juga dalam kalangan peminat turut memadamkan jiwa peminat terhadap saingan piala berkenaan.

Dalam masa sama ia meletakkan mana-mana penganjur perlu berhati-hati untuk membuat sebarang penjadualan dan susunan seperti sebelum Covid-19 menyerang, selain mengambil kira keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata, pembatalan saingan Piala Malaysia musim lalu juga menjadikan antara faktor seolah-olah piala terbabit seperti dilupai namun tidak kepadanya yang bergelumang dengan pembabitan bersama pasukan Selangor dan Melaka sekitar 70-an dan 80-an.

Malah semua mengakui tanpa penyokong piala ini akan menjadi lebih suram kerana kemeriahannya adalah daripada riuh dan jeritan penyokong pasukan yang bertanding.

"Pada era saya piala ini amat berprestij tinggi termasuk Piala Liga dan kehadirannya sentiasa ditunggu setiap tahun. Semua pasukan negeri hendak merebut piala ini malah pemain amat teruja untuk memberikan yang terbaik terutama dengan penonton fanatik menyokong negeri masing-masing.

"Jam 12 tengah hari stadium sudah penuh dengan penyokong untuk menyokong negeri mereka kerana kebanyakan aksi pada sebelah petang. Namun perubahan yang berlaku memaksa kita menerima hakikat dengan kehadiran pasukan kelab. Apa yang pasti kelab ini juga memberi impak kehadiran pemain berkualiti," katanya.

Ramli berkata, dia yakin pengurusan yang terbaik bakal menawan piala ini walaupun tanpa penyokong untuk memberi semangat kepada pemain yang mereka suka dan disayangi, kerana keputusan dan kualiti permainan bakal menjadi penentu kejuaraan.

Baginya, kelab-kelab yang sering muncul juara dan naib juara liga sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang sudah masak dengan Piala Malaysia setiap tahun diramal bakal terus mengungguli saingan.

Apapun, dia mengharapkan pasukan lain akan memberi tentangan hebat kerana kemungkinan berlaku kejutan daripada pasukan bawahan tetap ada.

Jelasnya, jika dilihat daripada prestasi semasa Johor Darul Ta'zim (JDT) , Kedah, Selangor, Pulau Pinang akan mengungguli setiap kumpulan walaupun terdapat analisis berbeza dengan keputusan di dalam padang.

Bekas jurulatih Piala Malaysia skuad Hang Tuah itu berkata, ia berdasarkan bukti bahawa Piala Malaysia pernah merekodkan kelab yang kerdil juga boleh menjadi juara justeru semua pasukan pilihan tidak boleh memandang mudah pasukan lain termasuk skuad dari Liga Perdana. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2021 07:08 AM | Show all posts

Ramli Junit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.067115 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list