View: 1115|Reply: 1
|
Ronaldo berang 'lakonan' tak menjadi
[Copy link]
|
|
London: Cristiano Ronaldo berang selepas dia dinafikan dua sepakan penalti ketika Manchester United menewaskan West Ham semalam.
Sensasi United itu berpendapat dia sepatutnya mendapat penalti pertama pada minit ke-77 ketika bersaing dengan pertahanan Hammers, Vladimir Coufal.
Bintang Portugal itu terjatuh selepas kakinya terkena lutut pemain Czech itu namun pengadil Martin Atkinson tanpa teragak-agak memberikan isyarat tiada penalti yang membuatkan Ronaldo berang ketika dia berusaha menambah jaringan.
Pengadil sekali lagi 'enggan terpedaya' apabila menafikan Ronaldo penalti kedua ketika lewat permainan selepas dia dikasari Kurt Zouma.
Insiden itu tidak menjejaskan United yang menang 2-1 hasil jaringan Jesse Lingard ketika permainan berbaki 90 saat dan penyokong tuan rumah pula kecewa Mark Noble gagal meledak penalti pada saat akhir.
Tetapi Ronaldo yang meledak empat gol dalam tiga perlawanan sejak kembali ke Red Devils selepas 12 tahun jelas kecewa gagal mengekalkan momentumnya.
Namun penyokong United pantas memberi sokongan kepada bintang mereka di media sosial dan mempersoalkan keputusan pengadil.
'UTDTrey' dalam Twitternya: "Ya Ronaldo tak dapat 2 penalti hari ini tapi dia masih ada 4 gol dalam 3 aksi. Dia tetap gagal disekat.''
iLatif_' berkata: "Dua kesalahan Zouma ke atas Cristiano Ronaldo tetapi tidak diberi. Dua penalti sepatutnya untuk Manchester United."
'DillanMUFC' menambah: "Jelas ada kempen ke atas Ronaldo! Dia sepatutnya dapat dua penalti dalam perlawanan ini!" - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
RONALDO terjatuh ketika berentap dengan Coufal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|