CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1020|Reply: 1

Benzema, Vinicius pemusnah Valencia

[Copy link]
Post time 21-9-2021 06:48 AM | Show all posts |Read mode
Madrid: Real Madrid melonjak selaku pendahulu La Liga selepas bangkit meledak dua gol dalam tempoh dua minit ketika menentang Valencia, awal pagi tadi.

Valencia hampir menang dalam aksi di Mestalla selepas Hugo Duro membolosi gawang bekas pasukannya pada babak kedua tetapi Vinicius Junior menyamakan kedudukan pada minit ke-86 sebelum tandukan Karim Benzema pada minit ke-88 memastikan kemenangan 2-1 di tempat lawan.

Real Madrid kekal tanpa kalah setakat ini dengan menang lima kali dan seri sekali dalam enam perlawanan pertama dalam semua kejohanan sejak dikendalikan Carlo Ancelotti.

"Kami tidak menang kerana kualiti tetapi hasil semangat tinggi,'' kata Ancelotti. "Saya mempunyai pasukan muda dan saya tak boleh kata kami beraksi dengan hebat. Kami perlu perbaiki pertahanan, lebih agresif tetapi dengan semangat seperti ini kami dapat perbetulkannya.''

Valencia yang berada di tangga ketiga turut cemerlang sejak dikendalikan jurulatih baharu, Jose Bordalas tetapi tiga mata yang hampir dalam genggaman hilang pada lewat permainan.

Benzema kini meledak enam gol musim ini tetapi paling menggembirakan Ancelotti ialah prestasi cemerlang Vinicius yang menjaringkan lima gol, mengatasi jumlah jaringannya pada kempen musim lalu.

"Kedua-duanya sangat fantastik," kata Ancelotti. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2021 06:48 AM | Show all posts

AKSI Benzema melakukan tandukan kemenangan Real Madrid. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.078491 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list