CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 964|Reply: 1

Pasukan Liga M harap MKN pertimbang cadangan

[Copy link]
Post time 19-9-2021 11:56 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pasukan Liga Malaysia (Liga M) berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan cadangan agar tidak mewajibkan semua pasukan dikuarantin jika ada pemain yang positif seperti mana diamalkan oleh kebanyakan liga-liga Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, pemain yang didapati positif boleh diarahkan untuk menjalani proses kuarantin sahaja manakala buat pasukan sudah cukup menjalani ujian PCR.

Malah beliau melihat semua pasukan mungkin sudah boleh melakukan latihan secara home based yang disifatkan amat sesuai selepas banyak kelonggaran dibuka dalam banyak sektor sukan kepada orang-orang awam.

"Saya rasa sudah sampai masanya jika ada pasukan-pasukan yang pemain mereka positif, mungkin hanya perlu kuarantin sahaja manakala selebihnya perlu melakukan ujian PCR.

"Namun untuk soal ini saya rasa latihan secara home based lebih sesuai dan kita harap ada kelonggaran dari pihak kerajaan.

"Saya berpandangan sebegini kerana melihat sektor sukan di luar sana sudah mula dibenarkan seperti penggunaan padang awam untuk permainan bola sepak, gimnasium dan kolam renang, mungkin sudah sampai masanya perlu dikaji semula," katanya.

Disamping itu, Johan turut menganggap langkah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menetapkan peraturan untuk memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan jika ada mana-mana pegawai dan pemain positif Covid-19 adalah wajar bagi memastikan kelancaran kejohanan Piala Malaysia tidak terganggu.

Nada sama turut diluahkan CEO Sri Pahang FC, Datuk Muhammed Suffian Awang, yang menyambut baik peraturan baru MFL itu.

Katanya, ia akan membuatkan semua pasukan sepanjang masa akan lebih berhati-hati dalam menjaga prosedur operasi standard (SOP) terutama semasa di dalam latihan secara Camp Based.

"Sebab kita inginkan kelancaran kejohanan, tidak mahu perlawanan tertangguh lagi dan saranan saya adalah sekarang menjadi tanggungjawab pasukan sendiri untuk lebih berdisiplin dan memastikan diri tidak dijangkiti.

"Kita faham komitmen berat daripada MFL dan kita sendiri pun kena ada komitmen masing-masing juga, jadi kita terima keputusan itu," kata Suffian.

MFL sebelum ini mengumumkan untuk bertindak lebih tegas dengan memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawan sekiranya ada kes positif Covid-19 dilaporkan dalam mana-mana pasukan seterusnya menyebabkan keseluruhan skuad diarah menjalani kuarantin.

Penegasan mengenai peraturan itu sudah dimaklumkan kepada semua pasukan dan mereka memahami peraturan itu. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2021 11:59 PM | Show all posts

JOHAN Kamal akui sudah pemain yang positif sahaja perlu kuarantin manakala selebihnya perlu melakukan ujian PCR. FOTO NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.220871 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list