View: 880|Reply: 1
|
Guardiola rasa bersalah sekadar seri
[Copy link]
|
|
Manchester: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berasa 'bersalah' selepas desakannya meminta sokongan lebih padu daripada penyokong berakhir dengan keputusan mengecewakan apabila seri 0-0 ketika bertemu Southampton.
Guardiola mencetuskan rasa kurang senang peminat City apabila meminta lebih banyak sokongan selepas hanya 38,062 penonton menyaksikan perlawanan di Stadium Etihad ketika mencatatkan kemenangan 6-3 ke atas Leipzig pada saingan Liga Juara-Juara.
Jumlah agak rendah itu adalah kerana kurangnya penyokong Leipzig dan ia sebenarnya menghampiri kapasiti penonton yang menyaksikan perlawanan ketika melayan kunjungan Southampton.
Di sebalik semua itu, Guardiola masih mendapat sokongan daripada penyokong.
Bagaimanapun beliau mengakui ia adalah aksi mengecewakan daripada anak buahnya kerana gagal menjaringkan gol.
"Selalunya apabila perlawanan tidak berlangsung dengan baik, saya bersimpati dengan penyokong.
"Mereka datang untuk menyaksikan aksi kami dan apabila ia tidak berlaku, saya berasa bersalah kerana kami gagal beraksi dengan baik," kata Guardiola.
Beliau menegaskan tidak mempersoalkan kesetiaan penyokong dan mengulangi pendiriannya itu.
"Saya tidak bercakap sesuatu yang tidak betul selepas perlawanan dengan Leipzig. Saya kata kami berdepan perlawanan yang sukar, begitu juga apabila bertemu Southampton dan kami memerlukan sokongan daripada penyokong.
"Saya tidak pernah merungut mengenai berapa ramai yang hadir atau tidak hadir ke stadium. Saya tidak pernah mempersoalkannya. Saya tetap menghargai jika 85 atau 100 orang yang hadir," katanya. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
REAKSI kecewa Guardiola. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|