CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1179|Reply: 1

Hanya 10 pasukan di Liga Perdana musim depan

[Copy link]
Post time 17-9-2021 09:53 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Nampaknya jumlah pasukan di Liga Perdana makin berkurang apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan hanya 10 pasukan akan bertanding musim depan.

Keputusan terbabit dibuat selepas pasukan Perak II diturunkan pangkat ke liga bawahan selepas skuad utama iaitu Perak FC tersingkir ke Liga Perdana kerana menghuni dua tangga tercorot Liga Super musim ini.

Malah, pembatalan saingan divisyen tiga iaitu Liga M3 musim ini ekoran pandemik Covid-19 turut memberi kesan sampingan, di mana ketiadaan pasukan yang dapat dipromosikan ke Liga Perdana.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, berdasarkan manual Liga Malaysia Artikel 3.19.6 berkenaan peraturan pasukan pembangunan atau 'Reserve Team', skuad Perak II secara automatik disingkirkan selepas Perak menamatkan kempen di posisi ke-11 Liga Super musim ini.

Katanya, pasukan berstatus pembangunan di Liga Perdana secara automatik akan tersingkir daripada pertandingan sekiranya 'Parent Club' mereka jatuh liga, di mana mereka tidak boleh beraksi dalam liga yang sama.

"Perak FC secara rasmi tersingkir daripada kejohanan Liga Super pada musim depan akan bermain di Liga Perdana 2022 di mana 'Parent Club' dan 'Reserve Team' tidak boleh bersaing dalam satu kejohanan yang sama selaras Peraturan 3.19.6 Perkara 1.1 dan 1.2.

"Format Liga Persna sebelum ini menampilkan 12 pasukan tetapi MFL juga mengambil maklum dengan pengumuman pembatalan Liga M3 yang dilakukan oleh AFL (Liga Bolasepak Amatur) pada 14 September lalu, di mana pembatalan kejohanan itu menyaksikan tiada pasukan yang boleh dipromosikan ke Liga Perdana 2022 secara merit pertandingan.

"Sehubungan itu, MFL akhirnya mencapai satu keputusan iaitu pertandingan Liga Perdana bagi musim 2022 akan menampilkan jumlah 10 pasukan sahaja dalam satu liga," katanya.

Dengan ketiadaan Perak FC II, Liga Perdana musim depan akan menampilkan Kuching City FC, Johor Darul Ta'zim II, Terengganu II, Selangor II, PDRM FC, Kelantan United, Kelantan FC, Skuad Projek FAM-MSN diikuti pendatang dari Liga Super, Perak FC dan UiTM FC.

Sementara itu, dua pasukan teratas Liga Perdana, Sarawak United dan Negeri Sembilan FC sudah pun mengesahkan kemaraan mereka bertanding dalam kempen Liga Super musim depan. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2021 10:02 PM | Show all posts

KETUA Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam. FOTO NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.046388 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list