CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1454|Reply: 2

'Jangan tukar cerita' - TMJ

[Copy link]
Post time 17-9-2021 09:44 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Jangan tukar cerita", itu teguran pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Jelas Tunku Ismail, beliau tidak pernah berbohong ataupun salah tafsir mengenai isu RM10 juta membabitkan baik pulih padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Sebaliknya Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menegaskan Faizal Azumu sendiri menyatakan kos RM10 juta itu adalah jumlah untuk kegunaan di SNBJ di mana ia turut didengari saksi lain.

"Saya ada ramai saksi malam itu beliau cakap 10 juta, apabila saya tanya berapa bajet buat padang SNBJ. Jadi, jangan tukar cerita," katanya di laman sosial.

Sebelum ini, Tunku Ismail mempersoalkan kos RM10 juta yang diperlukan untuk membuat padang baharu di SNBJ.

Katanya, kos itu terlalu tinggi kerana beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang lengkap dengan sistem perpaipan, perparitan, tanah dan pelbagai lagi.

Namun, kelmarin, Menteri Belia dan Sukan itu menafikan kos membuat padang baharu di SNBJ membabitkan belanja RM10 juta, sebaliknya menjelaskan ia turut merangkumi kos membaikpulih padang di seluruh negara.

Menurut Faizal Azumu, kos itu sebenarnya akan digunakan bagi kebanyakan padang stadium yang memerlukan baik pulih atau penambahbaikan di seluruh Malaysia.

"Benar saya ada mengadakan perjumpaan dan berbicara tentang beberapa perkara dengan Tunku Mahkota Johor termasuk mengenai untuk memperbaiki padang-padang bola sepak di seluruh negara bukan saja di Bukit Jalil.

"Saya kira ada kemungkinan sembah saya mungkin tidak begitu tepat tetapi perkara yang dibincangkan adalah untuk padang-padang di seluruh negara, bukan hanya satu padang di Stadium Nasional.

"Perkara itu sering diingatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada saya, malah selepas perbincangan itu sering diperingatkan kepada saya untuk memberi fokus kepada menaiktaraf padang bola sepak di stadium seluruh Malaysia," kata Mantan Menteri Besar Perak itu. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2021 09:56 PM | Show all posts

TUNKU Mahkota Johor (TMJ). -FOTO NSTP
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaberline lettew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.046675 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list