CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2384|Reply: 2

[Borneo] [ informasi ] Daftar di Portal Vaksin-Anak-Ku

[Copy link]
Post time 17-9-2021 12:05 AM | Show all posts |Read mode
Semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta dimohon mendaftarkan institusi masing-masing di Portal Vaksin-Anak-Ku.

Ibu/bapa dan penjaga kepada remaja disaran untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan di dalam aplikasi MySejahtera.

Kementerian Kesihatan Malaysia



Kementerian Kesihatan (KKM) sudah membangunkan portal pendaftaran institusi iaitu Portal Vaksin-Anak-Ku sebagai langkah awal pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja.

Pada masa sama, satu pasukan Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) ditubuhkan di KKM bagi membuat penetapan dasar dan penyelarasan pelaksanaan pelan vaksinasi remaja.

CITF-A yang dipengerusikan Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada kenyataan berkata, ia juga berperanan mengkoordinasi strategi dan tindakan pelaksanaan di peringkat Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dan agensi swasta terbabit.

Ia berkata, semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta diminta mendaftarkan institusi masing-masing di portal terbabit, manakala ibu atau bapa dan penjaga kepada remaja disaran untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera.

Kenyataan itu berkata, proses itu adalah bagi membolehkan remaja mendapatkan sijil vaksinasi digital MySejahtera masing-masing.

"KKM menawarkan pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja dengan memberi keutamaan kepada mereka yang berusia 16 dan 17 tahun, yang akan menduduki peperiksaan awam dan remaja dengan komorbid.

"Program ini juga mensasarkan murid di sektor pendidikan swasta, remaja dalam institusi perlindungan dan pemulihan serta remaja dalam komuniti seperti remaja gelandangan, pelarian dan bukan warganegara.

"Jenis vaksin yang akan digunakan adalah Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech. Vaksin itu sudah mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)," katanya.

CITF-A berkata, dua dos suntikan akan diberikan kepada remaja manakala proses pemberian akan dilakukan melalui beberapa kaedah.

Katanya, kaedah pertama ialah secara jangkau luar (outreach) ke sekolah atau institusi secara berjadual dan pemberian vaksin akan dibuat oleh Pasukan Pelaksana Vaksinasi yang terdiri daripada kakitangan kesihatan, pengamal perubatan swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perubatan.

"Bagi memudahkan remaja yang akan menduduki peperiksaan utama yang bersekolah di sekolah berasrama penuh atau asrama harian, janji temu vaksin bagi dos pertama akan

diberikan di klinik swasta atau sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka, manakala dos kedua akan diberikan di sekolah masing-masing atau di lokasi

pemberian dos pertama, sekiranya sekolah mereka belum beroperasi.

"Melalui kaedah kedua, ia khusus untuk remaja dengan komorbid dengan mereka perlu mendapatkan vaksinasi di hospital atau klinik kesihatan yang merawat mereka.

"Ketiga, bagi remaja yang tidak dapat hadir bersama ibu atau bapa atau penjaga, mereka akan diberikan temu janji ke klinik kesihatan swasta yang berdekatan melalui aplikasi MySejahtera," katanya.

CITF-A berkata, ia mensasarkan 60 peratus remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada November ini dan 80 peratus remaja mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Katanya, ia akan memastikan sasaran itu dapat dicapai dan kerjasama daripada semua agensi diperlukan.

Sementara itu, pada kenyataan sama, CITF-A berkata, ia dianggotai pelbagai agensi berkepentingan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Kementerian Pendidikan, ProtechHealth dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ia turut dianggotai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bahagian Pendidikan MARA, Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen Malaysia.

credit


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
tq for sharing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2021 12:23 AM | Show all posts
sesamer ...

risau juga baca banyak dah kes budak-budak kena Covid ni ...

terbaca juga tadi... budak yang kena Covid ni ... boleh dapat kecacatan ... ades ...

tapi tak tau sahih ke tak ... tu tak share dulu ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.056169 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list