View: 1005|Reply: 1
|
Liverpool ganggu kepulangan Milan
[Copy link]
|
|
LIVERPOOL: Jaringan menakjubkan Jordan Henderson memastikan Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan AC Milan sekali lagi dengan kejayaan 3-2 di Anfield seterusnya memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan rentak kemenangan.
The Reds diingati selepas bangkit daripada ketinggalan 3-0 untuk menewaskan gergasi Itali itu pada final Liga Juara-Juara 2005 di Istanbul, sepatutnya mudah membenam skuad kendalian Stefano Pioli yang kembali ke pentas tertinggi bola sepak Eropah.
Juara tujuh kali, Milan bermain pada saingan pertama Liga Juara-Juara dalam tempoh tujuh tahun, mendahului menerusi dua gol dalam tempoh dua minit sebelum tamat babak pertama yang memberi ancaman buat Liverpool.
Gol sendiri Fikayo Tomori terhasil berikutan dominasi tuan rumah ketika Mike Maignan menyelamatkan penalti Mohamed Salah.
Namun gol Ante Rebic dan Brahim Diaz menukar perlawanan.
Salah menyamakan kedudukan sekali lagi sebelum penamat deras Henderson membuktikan pasukannya layak menang berbaki 21 minit permainan.
Jurgen Klopp mengambil risiko dengan pemilihan pemainnya apabila merehatkan Virgil van Dijk manakala Divock Origi diberikan permulaan pertama musim ini berbanding Sadio Mane.
Perubahan itu tidak menggangu rentak Reds tetapi kekurangan sentuhan di bahagian serangan tengah skuad Klopp sekali lagi terdedah.
"Ia perlawanan dalam kumpulan yang mencabar. Kerana itu adalah penting untuk menang perlawanan ini. Ia tidak menentukan apa-apa tetapi memberikan kami permulaan yang bagus," kata Klopp kepada BT Sport. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Aksi pemain Liverpool, Jordan Henderson selepas menjaringkan gol ketika saingan Liga Juara-Juara menentang AC Milan di Liverpool, Britain. - EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|