View: 1153|Reply: 1
|
Messi gagal bantu PSG menang
[Copy link]
|
|
PARIS: Lionel Messi membuat permulaan pertama bersama Paris Saint-Germain ketika seri 1-1 berdepan Club Brugge dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Bintang Argentina itu disenaraikan dalam kesebelasan utama bersama Neymar dan Kylian Mbappe buat pertama kali selepas hanya bermain 24 minit bersama PSG sejak meninggalkan Barcelona.
Ander Herrera, yang meledak dua gol hujung minggu lalu ketika mengatasi Clermont, memberikan PSG gol pembukaan dengan menyempurnakan hantaran lintang Mbappe pada minit ke-15 tetapi Brugge menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu menerusi Hans Vanaken.
Messi kemudian melencongkan bola ke sudut gawang tetapi PSG kehilangan Mbappe kerana kecederaan dan berpuas hati dengan hanya satu mata berdepan pasukan yang hanya dianggap sebagai pelengkap Kumpulan A itu.
"Kami perlukan masa untuk mereka mengenali antara satu sama lain," kata jurulatih PSG, Mauricio Pochettino mengenai semua bintang serangannya.
"Kami perlu meningkat dan mencari keseimbangan, saya pernah katakan sebelum ini, tapi kami mesti tenang. Saya gembira dengan cara Messi bermain, keinginan dan perwatakannya, dan cara dia menyesuaikan diri." - AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyerang Paris Saint-Germain, Lionel Messi (kanan) dan Neymar selepas pertemuan Kumpulan A Liga Juara-Juara menentang Club Brugge di Stadium Jan Breydel dekat Bruges. - AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|