View: 1014|Reply: 1
|
Grealish cemerlang bantu City belasah Leipzig
[Copy link]
|
|
MANCHESTER, United Kingdom: Jack Grealish meledak gol pertama dalam Liga Juara-Juara ketika Manchester City membenam RB Leipzig 6-3 dalam saingan Kumpulan A awal pagi tadi.
Grealish mengakui keinginan bermain dalam Liga Juara-Juara menyakinkannya untuk meninggalkan Aston Villa bagi menyertai City dengan rekod perpindahan kelab pada penamat musim lalu.
Pemain sayap England itu menggunakan sepenuhnya kesempatan pada perlawanan pertama dengan gerakan solo pada babak kedua di Stadium Etihad.
Grealish juga membantu untuk gol pertama City menerusi hantaran sudut yang disudahkan Nathan Ake.
Ketika City diketepikan Cristiano Ronaldo apabila bintang Portugal itu memilih untuk menyertai Manchester United, Pep Guardiola percaya Grealish adalah pilihan tepat dengan persembahan baiknya.
"Saya menyukainya. Sejak beberapa minggu lalu, saya tidak sabar menanti perlawanan ini," kata Grealish.
"Saya akhirnya bermain dalam Liga Juara-Juara dan ia menakjubkan - muzik dan semuanya - dan aksi perlawanan mengatasi semuanya.
"Ketika saya berada dalam posisi itu, berlari ke dalam kawasan penalti dan saya bersaing satu lawan satu, ia berbaloi, ia malam yang hebat."
Gol sendiri Nordi Mukiele menggandakan kelebihan City sebelum Nkunku kembali mendapatkan satu gol.
Penalti Riyad Mahrez menjadikan 3-1 namun Nkunku kembali menemui gol sebelum Grealish menunjukkan sentuhan magisnya.
Gol ketiga Nkunku disusuli jaringan Joao Cancelo dan kad merah buat pemain Leipzig, Angelino.
Gabriel Jesus melengkapkan kemenangan buat City yang meraikan perlawanan ke-300 buat Guardiola. - AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemain tengah Manchester City, Jack Grealish (kanan) meraikan jaringannya ketika berdepan RB Leipzig di Stadium Etihad dekat Manchester. - AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|