|
KUALA LUMPUR: Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Syafiq Ahmad terlepas daripada hukuman denda RM40,000 susulan tindakannya membuat satu ciapan di laman Twitter pada bulan lalu.
Mengikut polisi dan etika kerja yang ditetapkan kelab itu, pemain yang didapati menyalahgunakan media sosial dan memberi kesan kurang baik kepada pasukan akan didenda RM40,000.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagaimanapun mendedahkan bahawa pihak kelab tidak mendenda Syafiq atas ciapan itu yang dilihat turut memberi persepsi negatif kepada kelab.
"Saya tak denda tapi saya bercakap dengan dia sendiri, saya berhubung terus dengan pemain saya. Dia minta maaf dengan saya yang dia keluarkan kenyataan berkenaan.
"Saya cakap kalau ada masalah apa salahnya datang jumpa, nak letak dalam media sosial buat apa. Selepas itu dia cakap itu sebab orang mainkan (sebarkan).
"Benda itu sudah selesai, bagi saya setiap pemain perlu lebih bertanggungjawab untuk menggunakan media sosial kerana takut disalah persepsi oleh orang ramai," kata Tunku Ismail dalam rancangan Bola@Mamak, kelmarin.
Syafiq membuat ciapan 'seronok tengok kawan-kawan main bola' menerusi akaun Twitter miliknya bulan lalu sebelum bertindak memadam hantaran itu.
Selain hukuman kerana salah guna media sosial, pemain dan jurulatih JDT turut berdepan denda RM15,000 sekiranya lewat menghadiri sesi latihan berdasarkan polisi dan etika kerja kelab berkenaan.
Malah, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjelaskan Akhyar Rashid pernah didenda RM15,000 kerana kesalahan lewat hadir latihan.
"Tak silap saya Akhyar Rashid pernah lambat sekali dan dia pernah bayar denda RM15,000," katanya. - BHarian
|
|
|
|
|
|
|
|
Syafiq terlepas dikenakan denda RM40,000 kerana salah gunakan media sosial. |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya cakap kalau ada masalah apa salahnya datang jumpa, nak letak dalam media sosial buat apa."
Errrrrrrr ok, malehh nak komen lebih2 |
|
|
|
|
|
|
|
Masih xfaham kenapa xboleh tweet cakap seronok tgh kawan2 main. Walaupun dia tweet sbb dia xdpt main. |
|
|
|
|
|
|
|
berani ke nak komplen |
|
|
|
|
|
|
| |
|