View: 1027|Reply: 1
|
Morata mahu Juve dihormati
[Copy link]
|
|
Malmo: Juventus bermula dengan langkah kanan dalam aksi Liga Juara-Juara selepas menewaskan Malmo 3-0, awal pagi tadi sekali gus menjadi pencetus kebangkitan buat gergasi Itali itu untuk saingan musim ini.
Juventus hadir untuk aksi pertama Kumpulan H itu dengan hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan Serie A.
Bagaimanapun, Malmo jelas bukan tandingan buat skuad kendalian Massimiliano Allegri yang melakar kemenangan di Sweden menerusi jaringan dihasilkan Alex Sandro, Paulo Dybala dan Alvaro Morata.
Dalam aksi itu, Sandro membuka tirai jaringan buat Juventus apabila menyempurnakan hantaran lintang Juan Cuadrado menerusi tandukan pada minit ke-23 sebelum Dybala meledak gol kedua hasil sepakan penalti yang diperoleh selepas Lasse Nielsen mengasari Morata pada lewat babak pertama.
Morata kemudiannya menambah gol ketiga Juventus menerusi jaringan yang dilakukannya pada masa kecederaan babak pertama.
Kemenangan membolehkan Juventus mendahului carta kumpulan, berkongsi tiga mata dengan juara bertahan, Chelsea yang akan menjadi lawan mereka di Turin dalam tempoh dua minggu lagi.
"Menang perlawanan akan membuka jalan kepada kemenangan seterusnya. Sebelum ini kami tumpas dalam perlawanan penting kehilangan lima atau enam tonggak. Hari ini kami bermain baik dalam perlawanan yang sangat penting.
"Kami harus menukar dinamik dan membuatkan pasukan lain sedar bahawa Juventus adalah pasukan yang sukar untuk ditandingi," kata Morata. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
MORATA (kiri) akui bahawa kemenangan ke atas Malmo adalah sangat penting buat Juve. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|