CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1229|Reply: 5

[Sarawak] Kaedah baharu kesan dadah dalam kurier

[Copy link]
Post time 15-9-2021 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-9-2021 07:52 AM



KUCHING: Satu kaedah baharu bakal diguna pakai buat pertama kali di Sarawak bagi mengesan dadah yang dibawa masuk ke negeri ini menerusi khidmat kurier.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak ACP Jasmirol Jamaluddin berkata banyak usaha telah dibuat untuk memutuskan bekalan dadah ke negeri ini termasuk menerusi khidmat kurier.

“Khidmat kurier yang masuk di Sarawak bukannya satu atau dua tan tetapi 30 tan hingga 50 tan sehari dan bukan sahaja masuk ke Kuching tetapi juga tempat-tempat lain Bintulu, Limbang, Lawas dan sebagainya.

“Kita check (periksa khidmat kurier) tetapi tidak mencakupi untuk mencapai KPI (petunjuk prestasi utama) kita untuk tahu apa segala benda yang ada dalam bungkusan tersebut.

“Mereka juga pandai mengaburi kita dengan mengatakan misalnya bungkusan itu sejenis minuman tetapi ada syabu di dalamnya,” katanya pada sidang media mengenai isu dadah dan bahan terlarang di Sarawak hari ini.

Sidang media tersebut dipengerusikan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluara dan Pembangunan Awal Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di pejabat kementerian di Bangunan Baitulmakmur II di sini.

Tambah Jasmirol bagi mengesan bekalan dadah dalam bungkusan kurier, ada langkah terbaharu yang akan dibuat oleh Kerajaan Sarawak dan yang pertama di Malaysia.
Menerusi langkah terbaru ini katanya satu alat teknikal akan digunakan untuk memastikan sama ada bungkusan yang sampai menerusi kurier mengandungi dadah atau tidak.

Terdahulu Jasmirol berkata sasaran JSJN terutama pada pandemik COVID-19 ini adalah membanteras sindiket pengedaran dadah bagi memutuskan bekalan kepada penagih.

Kataya sejak Jawatankuasa Sehenti (OCS) bagi Menangani Isu Dadah dan Bahan Terlarang (MIDS) ditubuhkan pada 2018, banyak operasi bersepadu telah dijalankan bersama agensi lain secara agresif.

Usaha yang dibuat OSC ini katanya telah menunjukkan hasil yang berkesan sehingga dapat membuat tangkapan terutama melibatkan sindiket dadah ini.

Dalam pada itu sejak Januari 2021, Sarawak merekodkan sebanyak 5,415 tangkapan berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang hasil daripada 4,248 operasi yang dijalankan JSJN Sarawak, Jabatan Kastam dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak.

Daripada jumlah itu daerah Kuching merekodkan jumlah tangkapan tertinggi (1,415) diikuti Bintulu (449), Sibu (425) dan Samarahan (391).


utusanborneo.com.my/2021/09/15


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali tak perlu war2 kan ada kardah baru semua ni. Senyap2 je lah sita bungkusan biar dalang2 hairan kenapa tak sampai ke destinasi.

Kalau kongsi ada cara baru lama2 penjahat ni akan discover dan cuba cara lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 04:09 PM | Show all posts
Menerusi langkah terbaru ini katanya satu alat teknikal akan digunakan untuk memastikan sama ada bungkusan yang sampai menerusi kurier mengandungi dadah atau tidak.
moga berjaya ...

tapi payah tu nak screen semua bungkusan


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 15-9-2021 04:09 PM
moga berjaya ...

tapi payah tu nak screen semua bungkusan

Banyak tu 30 - 50 tan sehari..mesti ada barang sm Fc ni..beli apa tu Fc banyak sangat..hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 04:38 PM | Show all posts
Lengkong replied at 15-9-2021 04:21 PM
Banyak tu 30 - 50 tan sehari..mesti ada barang sm Fc ni..beli apa tu Fc banyak sangat..hehehhe
macam macam ada

sampai pakcik cute kat pos opis tu kenal dah ... haaa si FC dah datang ... ambik barang dia ... gtu la lebihkurang kerap nya sampai dia kenal

kat sini posmen nyer tak antar barang ke rumah... kena ambik sendiri kat Pos opis



Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 15-9-2021 04:38 PM
macam macam ada  

sampai pakcik cute kat pos opis tu kenal dah ... haaa si FC dah datang  ...

Ha.. pakcik pos dah kenal Fc lah ye, lebih senanglah nak berurusan. Oh ambik sendiri di post office, lain tempat lain caranya kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.529265 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list