View: 928|Reply: 1
|
Allegri depan kesukaran angkat semula martabat Juve
[Copy link]
|
|
Turin: Massimiliano Allegri adalah individu yang hampir membawa Juventus meraih kejayaan di Liga Juara-Juara (UCL) dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini namun beliau memulakan kempen saingan Eropah itu dengan permulaan mengecewakan di peringkat domestik.
Pengendali berusia 52 tahun itu pernah dilontar telur oleh penyokong ketika tiba kali pertama di Juve pada 2014, selepas berperang dengan Juve ketika memimpin AC Milan dan kerana beliau juga menggantikan legenda kelab, Antonio Conte.
Bagaimanapun, beliau berjaya menawan hati penyokong selepas membawa Juve meraih gelaran liga lima kali berturut-turut dan mara ke perlawanan akhir UCL sebanyak dua kali.
Juve cuba untuk mengorak langkah lebih serius dengan melakukan kejutan pada 2018 dengan membawa masuk Cristiano Ronaldo, yang pernah memusnahkan impian mereka untuk mengulangi pencapaian 1996 pada aksi final 2017 dan selepas itu di suku akhir 2018.
Bagaimanapun, percaturan berkenaan tidak menjadi dan Juventus membenarkan Ronaldo meninggalkan kelab, tatkala status mereka di peringkat Eropah semakin pudar walaupun dengan kehadiran pemenang lima kali Ballon d'Or.
Ronaldo adalah penjaring terbanyak UCL sepanjang zaman namun walaupun dengan kehadirannya, Juventus gagal untuk mara ke suku akhir dan dalam dua musim terakhir mereka disingkirkan oleh Lyon serta Porto pada peringkat 16 terakhir.
Juve juga kehilangan takhta liga, selepas musim lalu ketinggalan 13 mata di belakang juara, Inter Milan ketika di bawah jurulatih kurang berpengalaman, Andrea Pirlo dan hanya layak ke UCL pada hari terakhir kempen Serie A kerana Napoli gagal menumpaskan Verona.
Sekarang Allegri kembali ke Juve bukan sebagai musuh tapi sahabat lama, dengan ditugaskan untuk kembali meningkatkan martabat mereka di peringkat domestik dan membina reputasi di Eropah.
Ketika Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab, Allegri mengangkat bahu sambil mengumumkan penjaring terbanyak musim lalu di Itali itu tidak berminat untuk bermain di Juve lagi.
Allegri mengatakan perjuangan harus diteruskan ketika beliau kehilangan salah seorang pemain hebat dalam sukan ini, tetapi kehadiran kali kedua sebagai pengendali Juve bermula dengan agak goyah. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
ALLEGRI ditugaskan untuk kembali meningkatkan martabat Juve di peringkat domestik dan membina reputasi di Eropah. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|