CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1127|Reply: 1

JDT denda RM40,000 pemain salah guna media sosial

[Copy link]
Post time 14-9-2021 06:35 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Dalam memastikan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus konsisten mencipta kejayaan sehingga mampu menjuarai Liga Super lapan musim berturut-turut, aspek disiplin paling diutamakan pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail menegaskan JDT mempunyai undang-undang dan polisi tersendiri bagi memastikan tahap disiplin dan etika pemain mereka sentiasa berada pada tahap tinggi.

Antaranya, pemain dan jurulatih akan didenda yang bukan sedikit jika didapati melanggar polisi kelab termasuklah lewat menghadiri sesi latihan ataupun menyalahgunakan media sosial.

"Kalau pemain salah guna media sosial, denda RM40,000 dan itu ada dalam kontrak pemain. Sebab kita ada etika kerja. Kalau lewat ke sesi latihan, denda RM15,000, tiada main-main dalam JDT. Akhyar Rashid pernah lewat sekali pun kena denda juga.

"Isteri salahguna dan tidak kawal media sosial yang boleh mencemarkan nama kelab, pemain akan kena denda. Kalau jurulatih lewat pun, pengurus akan denda kerana jurulatih kena ada dua jam sebelum latihan.

"Kalau gaji tak cukup, (pemain) berhutang," kata Tunku Ismail dalam rancangan Bola@Mamak, malam ini. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2021 06:38 AM | Show all posts

TMJ meraikan kejayaan dengan pemain dan pegawai pasukan JDT. FOTO Johor Southern Tigers
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.101553 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list