View: 1112|Reply: 1
|
Kemenangan Liverpool dibayangi kecederaan Elliott
[Copy link]
|
|
Leeds, United Kingdom: Virgil van Dijk terpaksa memberi bantu kepada bintang muda Liverpool, Harvey Elliott selepas pemain tengah berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan di pergelangan kaki kiri ketika kemenangan 3-0 skuad Reds di Leeds, pagi ini.
Pemain tengah Leeds, Pascal Struijk diperintah keluar padang kerana melakukan terjahan dari belakang terhadap Elliott pada babak kedua.
Ketika itu Liverpool sudahpun selesa di depan menerusi jaringan ke-100 Liga Perdana, Mohamed Salah dan gol menerusi Fabinho pada minit ke-50.
Sadio Mane melengkapkan kemenangan selesa itu pada minit kecederaan perlawanan ketika Liverpool menyertai Manchester United dan Chelsea dalam kelompok teratas carta Liga Perdana dengan memungut 10 mata daripada empat perlawanan.
Bagaimanapun, kehilangan Elliott pasti memberi khabar buruk terhadap prestasi positif buat skuad Jurgen Klopp.
Elliott melakukan penampilan pertama di Liga Perdana ketika berusia 16 tahun untuk Fulham, berjaya disenaraikan dalam pasukan Reds dengan persembahan mengagumkan berdepan Burnley dan Chelsea.
Kecederaan panjang Van Dijk menjejaskan usaha mempertahankan kejuaraan buat Liverpool musim lalu apabila dia mengalami kecederaan ligamen pada lutut kanan.
Begitupun, kapten dari Belanda itu kembali pada prestasi terbaik setakat ini pada kempen kali ini dan dia berkata Elliott akan bergantung kepada sokongan yang sama.
Reaksi Virgil van Dijk (tengah) selepas melihat keadaan Harvey Elliott (belakang) yang terpaksa mendapatkan rawatan ketika berdepan Leeds. FOTO EPA
"Semua harapan dan doa kami akan ditujukan kepada Harvey. Diharapkan dia cepat pulih dan mendapat khabar lebih baik daripada apa yang berlaku," kata Van Dijk.
"Perkara yang baik adalah saya sudah mengalaminya bersama semua pemain lain, kakitangan, semua orang di Liverpool, peminat, mereka mempunyai sokongan daripada saya juga ketika masa sukar. Saya 100 peratus pasti kami semua akan berada di sana buat dirinya."
Insiden itu berlaku betul-betul di hadapan tempat duduk pemain Liverpool dan Klopp terbabit dengan kemarahan menerusi kata-kata bersama peminat Leeds, yang kelihatan marah selepas perlawanan terpaksa dihentikan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Harvey Elliott (kiri) mengalami kecederaan serius selepas dikasari pemain Leeds. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|