View: 958|Reply: 1
|
Skuad bola sepak wanita mampu menyerlah di Palestin
[Copy link]
|
|
Ipoh: ''Berlandaskan pemerhatian saya terhadap semangat mereka, saya yakin kita boleh memberi persembahan yang baik,'' kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ahmad Faizal berkata, ia berdasarkan pemerhatian semangat yang ditonjolkan oleh pasukan bola sepak wanita negara disamping dilapisi barisan pemain hebat dalam berdepan perlawanan tiga penjuru di Palestin 22 September ini.
''Saya mendoakan mereka berjaya, saya yakin dan nampak semangat yang ditunjukkan mereka itu cukup hebat, kita ada antara pemain senior di dalam pasukan dan juga pemain pelapis yang saya lihat sangat berkaliber.
''Saya tidak tahu apa kebolehan pasukan daripada Palestin dan Thailand, tetapi saya kira berlandaskan pemerhatian saya terhadap semangat pemain, saya yakin kita boleh memberi persembahan yang baik,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan kerja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia sempena Program Skuad Sukarelawan Rakan Muda Negeri Perak, hari ini.
Ahmad Faizal berkata, pasukan berkenaan ketika ini berada dalam gelembung sukan di Wisma FAM dan sedang berlatih sebaik mungkin sebelum berlepas ke negara itu untuk bertanding Selasa ini.
''Mereka sekarang ini berada dalam gelembung di Wisma FAM, jadi tidak dapat berjumpa dengan keluarga dan kena berlatih sesama sendiri sehingga kini untuk mereka ke sana dan bertanding.
''Saya memberitahu kepada mereka untuk menonjolkan semangat kesukanan yang baik dan bermain bersungguh-sungguh untuk cuba mengharumkan nama negara kalau bukan melalui kemenangan tetapi melalui semangat dan disiplin yang ditonjolkan di padang dan di luar padang, itu yang sangat penting,'' katanya.
Sebelum ini skuad bola sepak wanita dilaporkan mahu mengelak menjadi pasukan belasahan dalam menghadapi perlawanan Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 menentang Thailand dan Palestin nanti.
Perlawanan yang berlangsung di Al Ram, Palestin pada 19 hingga 22 September depan sudah tentu menjadi ukuran kepada skuad 'bunga' bola sepak wanita itu untuk mengetahui sejauh mana kemampuan mereka selepas berehat hampir dua tahun. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuad bola sepak wanita kebangsaan menjalani latihan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia Wanita 2022. FOTO FAM |
|
|
|
|
|
|
| |
|