View: 1142|Reply: 1
|
Neymar kecewa dengan peminat
[Copy link]
|
|
Sao Paulo: Neymar mengecam pengkritik yang menggelarkannya gemuk dan menuntut lebih banyak rasa hormat daripada peminat Brazil.
Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu menjadi bahan kritikan ketika Brazil melakar kemenangan 1-0 ke atas Chile minggu lalu apabila ramai mendakwa berat badannya bertambah.
Ia hadir selepas PSG melakar kemenangan 2-0 ke atas Reims apabila pengurus Mauricio Pochettino mengeluarkan Neymar pada separuh masa kedua dan menggantikannya dengan Lionel Messi.
Neymar kemudian membantu Brazil melakar kemenangan 2-0 ke atas Peru pada kempen kelayakan Piala Dunia.
Namun bintang Brazil itu tetap menerima kritikan oleh penyokong dan pengulas kerana terbabit dengan insiden pergaduhan.
Bekas pemain Barcelona itu menegaskan dia berhak menerima layanan lebih baik selain mendakwa segala perkara negatif terhadapnnya ketika ini adalah tidak normal.
"Ia tidak normal. Ia berlaku sejak sekian lama, bermula dari wartawan, pengulas dan kemudian kepada yang lain.
"Kadang-kadang saya tidak mahu ditemuramah tetapi tetap melakukannya pada saat penting," katanya.
Neymar turut membalas ejekan yang menganggap dirinya gemuk ketika meraikan golnya bertemu Peru.
Bekas pemain Santos itu mengangkat sedikit bajunya dan menunjukkan fizikal perutnya yang tidak buncit dan kemudian dimuat naik di akaun peribadi Twitter miliknya. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
GAYA Neymar ketika meraikan jaringannya bertemu Peru. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|