View: 1113|Reply: 1
|
Aksi Kelantan United, Kuching City ditunda
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Covid-19 sekali lagi menyerang pasukan Liga Malaysia apabila kali ini ia membabitkan pasukan Kelantan United dari Liga Perdana.
Perkembangan terbaharu itu menyaksikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tiada pilihan lain apabila terpaksa menunda perlawanan antara Kelantan United dan Kuching City FC yang dijadual berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, esok.
Menurut kenyataan media MFL, keputusan penundaan itu dibuat selepas dua pemain Kelantan United didapati positif Covid-19.
"Keputusan (menunda) itu dibuat atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL apabila mendapati dua pemain Kelantan United telah positif Covid-19 hasil daripada ujian calitan terhadap pemain terbabit.
"Selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pegawai dan pemain pasukan Kelantan United akan dikuarantin serta tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti dalam tempoh tersebut bermula hari ini.
"Ahli Lembaga Pengarah MFL akan memutuskan tindakan selanjutnya berhubung status perlawanan tersebut dalam masa terdekat," kata kenyataan itu.
Ia penundaan kali ketiga musim ini apabila sebelum ini pemain dan pegawai Kedah Darul Aman FC di Liga Super dan Kuching City didapati dijangkiti virus itu selepas kembali dari cuti sambutan Aidiladha, Ogos lalu. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
PEGAWAI dan pemain Kelantan United akan dikuarantin.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|