View: 1057|Reply: 1
|
Griezmann kemudi kejayaan Les Blues
[Copy link]
|
|
LYON – Perancis akhirnya berjaya melakar kemenangan pertama selepas terdahulu mencatat dua keputusan seri dengan menewaskan Finland 2-0 dalam saingan Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2022 awal pagi semalam.
Pada perlawanan di Stadium Groupama itu, Antoine Griezmann muncul wira pasukan apabila menjaringkan dua gol sekali gus mengukuhkan cengkaman skuad Les Blues sebagai pendahulu Kumpulan D.
Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps menarik nafas lega apabila skuad bimbingannya berjaya menamatkan penantian untuk melakar kemenangan selepas mengharungi lima perlawanan berturut-turut dengan keputusan seri.
“Bercakap memang mudah tetapi pemain-pemain memikul tanggungjawab yang cukup besar di dalam padang. Saya juga berdepan tekanan tinggi untuk memastikan pasukan mencatat keputusan terbaik.
“Satu keputusan yang sangat penting untuk Perancis, namun kami tidak boleh selesa kerana masih ada masa sehingga November nanti. Dalam tempoh tersebut, apa sahaja boleh berlaku,” kata pemenang Piala Dunia 1998 itu.
Sementara itu, Griezmann melakar sejarah tersendiri apabila menyamai rekod legenda Pe-rancis, Michel Platini yang merupakan penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman negara itu de-ngan jumlah keseluruhan 41 gol.
Bintang Atletico Mad-rid itu hanya memerlukan 10 gol lagi untuk menyamai rekod penjaring terbanyak dalam sejarah Perancis, Thierry Henry yang mengumpul 51 gol sepanjang menyarung jersi pasukan juara dunia tersebut. – AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
|
GRIEZMANN (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan selepas menewaskan Finland 2-0 awal pagi semalam. – AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|