View: 1044|Reply: 1
|
Pemain tidak mudah mengalah - Aidil Sharin
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Meskipun hajat untuk mendapatkan mata penuh tidak kesampaian, Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Sharin Sahak tetap bersyukur skuadnya sekurang-kurangnya dapat membawa pulang satu mata yang dianggap berharga pada aksi perlawanan menentang UiTM FC yang berkesudahan seri 3-3 di Stadium Darul Aman semalam.
Bagi pengendali KDA FC itu, satu mata yang diperoleh skuadnya semalam adalah satu mata yang berharga setelah pemainnya melakukan usaha sedaya upaya mereka untuk bangkit semula selepas ketinggalan dua gol di babak kedua.
"Bagi saya adalah lebih baik mendapat satu mata dari tidak mendapat apa-apa mata dan saya tetap menghargai usaha dan komitmen kebangkitan yang dipamerkan semua pemain saya pada perlawanan ini.
"Walaupun sekadar satu mata, saya tetap bersyukur kerana pemain tidak berputus asa dan patah semangat walaupun ketinggalan gol dengan terus bekerja keras untuk bangkit semula selepas ketinggalan dan itu adalah perkara yang penting yang ditunjukkan oleh semua pemain.
"Pemain telah melakukannya usaha terbaik mereka, namun mungkin disebabkan faktor keletihan atau kurang tumpuan, banyak peluang terhidang gagal kami manfaatkan terutama di babak pertama, dan itu menyebabkan kami dilihat beraksi dalam tekanan, sementara pihak lawan pula mendapat tiga peluang terbaik dan mereka berjaya memanfaatkan peluang yang hadir." katanya.
Aidil juga berkata faktor dua kesilapan yang berlaku di bahagian pertahanan menyebabkan skuadnya tertekan dengan ketinggalan dua gol dan ini memaksa beliau melakukan perubahan segera untuk bangkit dengan memasukkan beberapa pemain gantian yang lebih bertenaga.
"Tidak mudah untuk kami mencari dua gol dalam tempoh 20 minit setelah ketinggalan, tetapi pemain tidak mudah mengalah dan sebaliknya mereka terus berusaha untuk bangkit mencari gol.
"Kemasukan penyerang muda Fikhri Zulkiflee juga menampakkan beliau mengambil peluang yang ada dengan jaringan gol dan saya lihat dia menggunakan peluang terbaik itu untuk bersedia pada masa depan.
"Tugas saya kini adalah untuk terus memberi semangat dan motivasi kepada semua pemain agar terus fokus untuk menghadapi perlawanan terakhir kami bertemu Melaka United ahad ini yang saya anggap seperti 'aksi final'," katanya.
Sementara itu ketua jurulatih UiTM FC Reduan Abdullah memuji aksi bersemangat anak buahnya yang beraksi dengan baik meskipun hampir memenangi perlawanan ini selepas mendahului Kedah di babak kedua perlawanan.
"Walaupun gagal mendapatkan mata penuh, namun saya mengucapkan terima kasih kerana semua pemain yang telah menunjukkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan menentang Kedah ini." katanya. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
AIDIL Sharin tetap bersyukur skuadnya berjaya bangkit dari ketinggalan untuk mengutip satu mata ketika menentang UiTM FC. FOTO IZZALI ISMAIL |
|
|
|
|
|
|
| |
|