View: 1052|Reply: 1
|
Bintang muda Itali pamer aksi cemerlang
[Copy link]
|
|
Reggio Emilia: Itali berjaya mempamerkan aksi terpuji untuk mengalahkan Lithuania 5-0 dalam kelayakan Piala Dunia bagi tadi bagi meneruskan rekod 37 perlawanan tanpa kalah.
Pasukan bimbingan Roberto Mancini yang juga juara Euro menjadi skuad pertama Itali berjaya meledakkan empat gol pada separuh masa pertama.
Pemain muda Everton yang dipinjamkan kepada Juventus, Moise Kean meletakkan pendahulu Kumpulan C itu di depan pada awal permainan berikutan kesilapan Arvydas Novikovas yang melakukan hantaran lemah ke belakang kepada penjaga golnya, Ernestas Setkus.
Beberapa minit kemudian Giacomo Raspadori, yang tampil di peringkat antarabangsa buat kali pertama, berjaya melakukan rembatan sebelum terkena badan Edgaras Utkus sekali gus dikira sebagai jaringan sendiri.
Raspadori, yang kecewa selepas jaringan berkenaan tidak diiktiraf sebagai golnya, tidak perlu menunggu lama untuk mendapat penghormatan apabila tenang melakukan penyudah jarak dekat selepas pertahanan, Justas Lasickas gagal mengeluarkan hantaran lintang rendah Giovanni Di Lorenzo.
Pada minit ke-29 Kean berjaya menyambut hantaran lambung Federico Bernardeschi dan melakukan rembatan voli kaki kiri untuk gol keempat Itali.
Gol kelima Itali hadir melalui jaringan pertama Di Lorenzo di peringkat antarabangsa apabila hantaran lintang yang ingin dilakukannya terus menerjah jaring pasukan lawan.
Itali berada di tangga teratas kumpulan berkenaan selepas enam perlawanan dengan memungut 14 mata manakala Switzerland mengumpul lapan mata di tempat kedua namun masih mempunyai kelebihan dua perlawanan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
KEAN (kanan) meledak dua gol ketika membelasah Lithuania 5-0. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|