View: 1400|Reply: 1
|
MFL beri saguhati pada TMJ, Hamidin
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima bola Puma edisi khas yang bakal digunakan dalam kempen Piala Malaysia 2021.
Ia disampaikan oleh Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan kepada mantan Presiden MFL itu dan Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai tanda penghargaan.
Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenan menurunkan tandatangan baginda pada bola Puma Final 1 itu di mana ia akan menjadi bola rasmi bagi semua pertandingan di bawah kelolaan MFL termasuk Liga Super, Liga Perdana, Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Cabaran sehingga 2024.
Ab Ghani menyerahkan bola Puma pada Hamidin.
Turut hadir pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat JDT itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, Ab Ghani juga menyerahkan bola Puma kepada Hamidin di Wisma FAM. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Ab Ghani (kiri) menyerahkan bola pada TMJ dan disaksikan Stuart. FOTO Johor Southern Tigers |
|
|
|
|
|
|
| |
|