View: 1099|Reply: 1
|
Southgate sambut baik cadangan Wenger
[Copy link]
|
|
London: Gareth Southgate memberitahu dia bersikap terbuka mengenai cadangan mengadakan Piala Dunia setiap dua tahun.
Pengendali England itu turut memaklumkan dia sudah bercakap dengan Arsene Wenger mengenai perkara yang heboh dibincangkan itu.
Bekas pengurus Arsenal, Wenger yang kini memegang jawatan pengarah pembangunan bersama badan induk bola sepak dunia Fifa, meminta kejohanan itu diadakan setiap dua tahun.
Southgate mendedahkan selepas kemenangan 4-0 England pada kelayakan Piala Dunia mengatasi Andorra semalam, dia ada bercakap dengan warga Perancis itu mengenai cadangan terbabit.
Menurut Southgate, dia terbuka menerima cadangan itu asalkan kalendar bola sepak tidak terlalu padat.
"Saya rasa keseluruhan kalendar perlu dilihat semula. Maklum balas yang saya berikan adalah saya tidak tahu bagaimana generasi kita merasakan Piala Dunia setiap dua tahun sebagai konsep yang pelik." kata Southgate bekas pemain pertahanan England itu. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Southgate (dua kanan) mengendalikan kem latihan England. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|