View: 963|Reply: 1
|
Itali hambar lawan Bulgaria
[Copy link]
|
|
Florence: Itali gagal mempamerkan prestasi sebenar selepas menjuarai Euro 2020 apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Bulgaria dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 awal pagi tadi.
Hampir 14,000 penonton menyaksikan aksi Kumpulan C di Stadio Artemio Franchi di Florence bagi memberi sokongan padu kepada wira musim panas mereka.
Tetapi selepas Federico Chiesa meletakkan skuad Roberto Mancini di depan pada minit ke-16, Atanas Iliev menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat buat pelawat yang menduduki ranking ke-75 dunia.
Ia bukanlah keputusan diharapkan penyokong daripada Itali yang menampilkan hampir keseluruhan pemain yang menewaskan England menerusi penentuan penalti di Wembley pada Julai lalu.
"Kami perlu lebih tajam," kata Mancini yang skuadnya menyamai rekod Sepanyol dan Brazil yang tidak tewas 35 perlawanan.
"Ia antara perlawanan yang mana kami beraksi satu jam setengah tanpa sebarang gol. Mereka pula bertahan dengan baik dan serangan balas mereka memerangkap pemain saya. Itulah bola sepak.
"Kami perlu lebih klinikal. Kami memberikan segalanya untuk menang. Kami ada aksi penting pada Ahad ini dan wajib menang.''
Itali masih mengetuai kumpulan, empat mata mengatasi Switzerland yang tidak beraksi awal pagi tadi dan menerima kunjungan juara Eropah di Basel Ahad ini. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
AKSI Chiesa (tengah) meledak gol Itali. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|