|
Budapest: England mengatasi cabaran Hungary selepas meledak empat gol pada babak kedua dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022 di Budapest awal pagi tadi.
Selepas buntu pada babak pertama, skuad Gareth Southgate mempamerkan taring sebenar apabila Raheem Sterling memecah kebuntuan dengan gol pertama 10 pertama selepas rehat sebelum Harry Kane, Harry Maguire dan jaringan lewat Declan Rice memastikan kemenangan 4-0.
England berdepan kesukaran menembusi pertahanan Magyars tetapi pesta gol pada babak kedua bermakna mereka lepasi ujian pertama sejak ditewaskan Itali pada final Euro 2020.
"Kemenangan yang melegakan akhirnya," kata Southgate. "Saya bangga malah di babak pertama kami kuasai perlawanan tetapi gagal pada hantaran terakhir,'' katanya.
Three Lions kini meraih 12 mata penuh daripada empat perlawanan, lima mata di depan Poland di tangga kedua yang menewaskan Albania 4-1. Poland menerima kunjungan England di Warsaw pada Rabu depan.
England kini tidak tewas dalam 14 perlawanan menentang Hungary dan meledak 13 gol dalam empat aksi kelayakan setakat ini.
Hungary yang kali terakhir layak ke Piala Dunia 1986 akan menentang Albania Ahad ini dan Andorra di Budapest minggu depan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
STERLING (tengah) meledak gol pertama England. |
|
|
|
|
|
|
| |
|