CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1613|Reply: 4

Keluar dari zon selesa di KL. Balik ke Melaka jaga 70 lembu, 30 kambing, 20 kerb

[Copy link]
Post time 3-9-2021 07:12 PM | Show all posts |Read mode
mstar.com.my
Pemuda KL tinggalkan zon selesa, kehidupan kota demi jaga lembu... tapi gaya ketika bekerja macam penunggang kuda profesional!
Jumaat, 03 September 2021 11:00 AM
4-5 minutes

GAYANYA tak ubah seperti penunggang kuda profesional ketika menjaga sekumpulan lembu yang dilepaskan untuk mencari makanan.

Pemuda itu tidak berjalan kaki, menunggang basikal mahupun motosikal, sebaliknya menunggang kuda sehingga ke dalam hutan, bersama lembu-lembunya.

Muhammad Azim Zahari berkata dia mula menternak lembu di kampung bapanya di Sungai Udang, Melaka selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Walaupun dilihat berkebolehan menunggang kuda, penternak lembu berusia 20 tahun itu tidak pernah mengikuti sebarang kelas untuk belajar menunggang haiwan tersebut.

"Saya tak pernah belajar pun, masa ambil kuda ni terus naik (tunggang kuda) dan orang yang jual kuda tu tunjukkan sikit cara kawal kuda, itu je.

"Yang penting kita kena berani dan faham perangai kuda... baru lebih sebulan saya menunggang kuda untuk jaga lembu," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Azim, katanya, dia sebelum ini menunggang motosikal ketika menjaga lembu terutama dari segi pergerakan pulang ke kandang.


Azim tidak mengikuti kelas menunggang kuda.

"Dulu guna motor je, tapi masalahnya tak boleh masuk hutan, sawah, semak-samun, kawasan berlumpur dan berlecak untuk ikut lembu-lembu.

"Jadi, saya terpaksa tinggalkan motor di tepi jalan dan mengikut lembu-lembu ke dalam. Saya pernah berpatah balik ke tempat letak motor sejauh lebih 1 kilometer.

    Jangan hiraukan kata-kata negatif, terus maju ke depan dan berfikiran positif. Mental dan fizikal juga kena kuat
    AZIM


"Paling susah nak suruh lembu-lembu balik ke kandang selepas makan, boleh ambil masa hampir sejam. Ada lembu yang degil, makin jauh ke dalam hutan atau melencong ke tempat lain.

"Saya juga pernah terjatuh longkang, parit malah tersemban dalam lumpur sebab nak arah lembu-lembu ni balik ke kandang," ujarnya yang mengusahakan bisnes ternakan milik keluarga.


Sebahagian kandang lembu.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, antara kelebihan menjaga lembu dengan menunggang kuda adalah prosesnya yang lebih singkat.

"Dulu jalan kaki atau menunggang motor sambil pegang kayu. Sekarang ni saya tunggang kuda saja, lembu-lembu ni lebih ‘mendengar kata’ dalam masa 10 minit je," katanya sambil menambah setakat ini mereka menternak kira-kira 70 ekor lembu, 30 ekor kambing dan 20 ekor kerbau.

Siapa sangka pemuda yang tidak kisah bergelumang lumpur dan najis haiwan ternakan ini sebenarnya merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur, malah keluarganya menetap di ibu negara.

"Dari kecil saya selalu ikut ayah balik kampung, tengok ayah jaga lembu ternakan setiap minggu, lama-kelamaan minat saya dalam penternakan semakin mendalam membuatkan saya sanggup balik kampung," ujarnya yang turut membekalkan daging lembu.

Menurut Azim, tidak dinafikan tindakannya yang keluar dari zon selesa di kota dan bekerja di kandang di kampung mengejutkan banyak pihak sehingga menjadi pertikaian.

"Ayah banyak beri sokongan supaya jangan hiraukan kata-kata negatif, terus maju ke depan dan berfikiran positif. Mental dan fizikal juga kena kuat.

"Mula-mula ada yang tak nampak usaha saya, tanya boleh berjaya ke menternak lembu. Kawan-kawan ayah yang juga penternak lembu berjaya menjadi pembakar semangat.

"Purata pendapatan bulanan saya dianggarkan lebih RM4,000, boleh mencecah RM80,000 pada musim Hari Raya untuk ibadah korban. Tapi pengalaman itu paling bernilai," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2021 11:02 PM | Show all posts
Wow. Bestnya, tunggang kuda sambil jaga lembu.
Macam dalam game sangat.
Inspirasi
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh mcm iklan malboro
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 02:57 AM | Show all posts
Bestnyaaa… masyuk gak sebenarnya cuma life ko kt ladang jela
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow menarik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.040505 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list