View: 683|Reply: 1
|
Man City ikat Ederson hingga 2026
[Copy link]
|
|
London: Penjaga gol Manchester City, Ederson menandatangani kontrak baharu bersama kelab itu yang menyaksikan dia kekal di Stadium Etihad hingga 2026.
Ederson yang menyertai kelab itu pada 2017, sudah memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana di City dan beraksi 194 perlawanan.
Pemain Brazil itu adalah pemain senior kelima yang bersetuju dengan syarat baharu pada 2021, disusuli Kevin de Bruyne, Fernandinho, John Stones dan Ruben Dias.
"Ini adalah keputusan yang mudah - tiada tempat lain yang saya mahu pergi," katanya.
"Untuk menjadi sebahagian daripada skuad hebat dalam dunia bola sepak dan bersaing memburu trofi setiap tahun adalah apa yang dimahukan oleh setiap pemain bola sepak dan peluang itu diberikan di City."
Sejak ditandatangani dari Benfica empat tahun lalu, Ederson memenangi hampir semua kejayaan domestik sepanjang di Etihad, termasuk satu Piala FA dan empat Piala Liga serta tiga kejuaraan Liga Perdana. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Ederson menandatangani kontrak baharu di Man City hingga 2026. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|