View: 810|Reply: 1
|
Tunku Ismail beri gambaran Syed Mohamed bakal terajui JDT
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismai Sultan Ibrahim memberi bayangan Presiden dan Ketua Eksekutif, Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim bakal menerajui kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) seandainya beliau membuat keputusan mengundur diri.
Perkara itu di muat naik di ciapan Instragram rasmi pada sesi Soal dan Jawab yang dibuka kepada netizen, semalam.
Malah Tunku Ismail juga memuatnaik gambar Syed Mohamed selepas netizen bertanya soalan "Jika Tunku tinggalkan JDT siapa yang Tunku cari untuk mengganti tempat Tunku."
Tunku Ismail mendedahkan beliau dalam situasi 50-50 sama ada ingin terus menerajui kelab JDT atau melepaskan kepada individu lain yang akan meneruskan legasi kelab berkenaan.
Ini berikutan dalam sesi Soal dan Jawab di Instragramnya, Tunku Ismail menyatakan bahawa beliau sebenarnya sudah penat untuk menguruskan bola sepak.
Namun begitu, Tunku Ismail tampak risau akan berlaku perubahan besar pada JDT seperti penaja akan menarik diri selain pemain juga akan tidak bersama kelab berkenaan malah kakitangan JDT juga bakal berhenti sekiranya hajat berkenaan di teruskan.
Untuk rekod, sejak JDT ditransformasi pada 2013, JDT berjaya menjuarai 18 trofi dengan lapan kejuaraan Liga Super berturut-turut, enam Piala Sumbangsih, dua Piala Malaysia dan masing-masing satu Piala FA dan Piala AFC. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
GAMBAR Syed Mohamed yang dimuatnaik di Instagram rasmi Tunku Ismail. FOTO Instagram TMJ |
|
|
|
|
|
|
| |
|