CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1834|Reply: 5

Wanita positif Covid-19 dapat naik jet peribadi

[Copy link]
Post time 2-9-2021 08:43 PM | Show all posts |Read mode
Wanita positif Covid-19 dapat naik jet peribadi


PIRES dibawa pulang ke negaranya menggunakan jet peribadi mewah yang diubah menjadi ambulans. FOTO Covac Global

Trenton: Mungkin wanita New Jersey, Amerika Syarikat ini dianggap bertuah kerana menikmati kemudahan jet peribadi mewah secara percuma.

Menurut Requel Pires, 25, dari Cranford, dia tidak menyangka impiannya menaiki jet peribadi tercapai.

Namun, ia hanya kerana dijangkiti Covid-19 ketika percutian di luar negara.

Katanya, segalanya bermula apabila dia bercuti bersama rakannya di sebuah resort lima bintang di Bahamas, awal bulan lalu.

"Kami menikmati lima hari percutian dengan gembira di tepi pantai.

"Namun, kami diminta sekali lagi membuat ujian saringan Covid-19 sebagai syarat menaiki pesawat pulang.

"Sejam selepas ujian, saya disahkan positif dan diarahkan kuarantin dalam sebuah bilik khas," katanya dalam New York Post.

Menurutnya, pusat peranginan itu memberikan pilihan kepadanya menetap di situ selama 14 hari atau sehingga ujian negatif dengan kos penginapan ditanggung sendiri kira-kira AS$140 (RM581) semalam.

Namun katanya, kerajaan Bahamas memberikan pilihan lain dengan menanggung kos penerbangan menggunakan jet peribadi perubatan berikutan dia juga pesakit Covid-19 berisiko kerana mempunyai kencing manis tahap satu.

Tanpa kemudahan itu, Pires mungkin perlu mengeluarkan belanja sendiri AS$45,000 (RM186,638) untuk penerbangan berkenaan.

Kemudahan itu dikendalikan Covac Global yang mengubah jet dan helikopter kepada ambulans udara lengkap dengan unit rawatan rapi untuk pesakit Covid-19 paling serius.

Sementara itu, bagi Covac Global inisiatif berkenaan unik kerana pelancong dijangkiti Vovid-19 mendapat rawatan daripada anggota perubatan terlatih ketika penerbangan ke negara asal tanpa perlu ke hospital tempatan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kena keluar duit sendiri xla kira bertuah..naik jet lg mhl kalo kuarantin 14hr kt hotel
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
wowww mesti masuk ig khenz
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kena byr khenzzz.xde la wow
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 3-9-2021 05:46 PM
kena byr khenzzz.xde la wow

Takdela, gomen bahamas tanggung..

"Namun katanya, kerajaan Bahamas memberikan pilihan lain dengan menanggung kos penerbangan menggunakan jet peribadi perubatan berikutan dia juga pesakit Covid-19 berisiko kerana mempunyai kencing manis tahap satu.

Tanpa kemudahan itu, Pires mungkin perlu mengeluarkan belanja sendiri AS$45,000 (RM186,638) untuk penerbangan berkenaan.'
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 3-9-2021 10:10 PM
Takdela, gomen bahamas tanggung..

"Namun katanya, kerajaan Bahamas memberikan pilihan lain deng ...

ok ok faham.

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.035754 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list