CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2290|Reply: 4

[Kedah] Keluarga pesakit meninggal dunia di wad buat laporan polis

[Copy link]
Post time 31-8-2021 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Keluarga pesakit meninggal dunia di wad buat laporan polis
ROSHILA MURNI ROSLI | | 31 Ogos 2021


Chitradevi menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sungai Petani pada Selasa.


SUNGAI PETANI - Keluarga pesakit yang meninggal dunia di lantai wad sebuah hospital di sini membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani bagi menyiasat punca kematian bapa mereka, K Ehambaram, 74.


Anak mendiang, E Chitradevi, 37, berkata, bapanya dimasukkan ke wad Hospital Lama di sini pada Khamis lalu akibat dijangkiti Covid-19.


Katanya, mereka kemudian menerima panggilan telefon daripada hospital kira-kira jam 3 petang pada Isnin yang memaklumkan bapanya meninggal dunia akibat pneumonia teruk.


"Tidak lama kemudian, saya menerima satu video melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar seorang rakan pada jam 3.49 petang yang memaparkan bapa saya sedang merangkak dan jatuh ke lantai sebelum meninggal dunia dalam keadaan terlentang," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


Dia percaya bapanya masih sihat pada Ahad berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pihak hospital ketika panggilan telefon dibuat.


"Ketika itu hospital memaklumkan bapa dalam keadaan sihat dan meminta kami menghantar makanan untuknya," jelas Chitradevi.


Sehubungan itu, keluarga Chitradevi mengesyaki bapanya meninggal dunia akibat terjatuh dari katil atas kecuaian petugas kesihatan dan bukannya akibat pneumonia teruk.


"Laporan ini dibuat untuk memohon pihak polis menyiasat punca kematian dan kecuaian pihak hospital yang jelas terpapar dalam video yang tular berkenaan.


"Kami sekeluarga berasa sangat kecewa dan memohon satu bedah siasat diadakan untuk mengetahui punca kematian sebenar bapa kami," katanya.


Sementara itu, Presiden Malaysian Tamilar Kural, David Marshel berkata, beliau mengikut rapat perkembangan kes itu dan bersedia membantu keluarga mendiang dari segi guaman.


Pada Isnin, warganet dikejutkan dengan satu video memaparkan seorang lelaki warga emas yang merangkak di atas lantai sambil cuba berpaut pada katil untuk berdiri sebelum dilihat rebah.


Berdasarkan rakaman terbabit, menunjukkan seorang lelaki yang sangat lemah itu cuba berdiri dengan memaut pada katil pesakit lain dipercayai di wad yang menempatkan pesakit Covid-19.


Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo pada Selasa berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati lelaki warga emas itu mempunyai sejarah sakit kronik dan menghidap Covid-19 kategori empat.


Menurutnya, sepanjang berada di wad, keadaan pesakit kurang stabil dan memerlukan bantuan oksigen yang semakin meningkat.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -buat-laporan-polis
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulakkk, bistu nak kena post motem ka
Covid ni mmg cepat... 3 hr pun boleh mniggal, tmbah kalau ada pnyakit sampingan lain

Jgn kata la pak hg ahad dok elok lg, sbb benda ni mmg cepat makan paru

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tukang rakam tu, awat tak tolong..dah dibiar merangkak org tu
Sempat pulak ko merakam ye
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
To be honest klu jadi pd ahli keluarga aku pun .. aku takleh terima. Trauma sepanjang hayat tengok kematian waris macam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman semua yang ada kat situ
Nengokkkkkkk je memasing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.040883 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list