CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1630|Reply: 5

Ibu nekad tumbuk singa gunung

[Copy link]
Post time 30-8-2021 07:36 PM | Show all posts |Read mode

Wanita tersebut bertarung dengan singa gunung dengan menggunakan tangannya dan berjaya menyelamatkan anaknya. – Getty Images

Ibu nekad tumbuk singa gunung

CALABASAS, CALIFORNIA – Seorang ibu di  negeri California nekad bertarung dengan seekor singa gunung selepas binatang buas itu menyerang anaknya di luar rumah mereka, lapor akhbar The Sun semalam.

Dalam kejadian tersebut, seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun sedang bermain di luar rumah apabila singa gunung  seberat 29 kilogram itu tiba-tiba muncul lalu menerkam dan mengheret mangsa  sejauh sekitar 41 meter.

“Wira sebenar dalam kejadian ini adalah ibunya kerana dia benar-benar nekad untuk  menyelamatkan nyawa anaknya.

“Sebaik terdengar bunyi bising di luar rumah, wanita tersebut terus berlari keluar dan menumbuk serta menyerang singa gunung itu menggunakan tangannya.

“Singa itu kemudiannya melepaskan anaknya,” kata jurucakap Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California, Patrick Foy.

Kanak-kanak berkenaan kemudian dibawa ke sebuah hospital dan mengalami kecederaan pada kepala dan bahagian atas badan, namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Susulan kejadian itu, seorang pegawai hidupan liar dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memburu singa gunung tersebut.

“Sebaik tiba di rumah mangsa, renjer tersebut menemui seekor singa gunung sedang berkeliaran di kawasan semak-samun.

“Disebabkan sikapnya dan jaraknya dengan lokasi serangan, pegawai kami percaya ia adalah singa sama yang menyerang kanak-kanak terbabit.

“Bagi menjaga keselamatan awam, haiwan itu ditembak dan mati di kawasan tersebut,” ujar Foy. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya akhirnya singa ditembak
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sian jugok singa tu...tempat dia cari makan dh xde...kot.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sian la kena tembak..takde kena kecam ke?
takde ke perhilitan ke apa amik bwk balik p zoo..rimau ngn singa mana lg ganas ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat malaysia biar org mampos jgn binatang. Kalau tembak binatang.. 7 keturunan kena kecam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahhhhh singanya mati bak harambe

Calabasas? Tu bukan kawasan rumah2 retis holiwod ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.036922 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list