CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1805|Reply: 3

[Pulau Pinang] Buruh maut terjatuh, kilang diberi notis larangan

[Copy link]
Post time 28-8-2021 10:54 PM | Show all posts |Read mode
Buruh maut terjatuh, kilang diberi notis larangan
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 28 Ogos 2021



Mangsa dikatakan terjatuh dari ketinggian 5.5 meter ketika melakukan kerja menukar bumbung jenis zink di sebuah kilang.


PRAI - Seorang pekerja buruh am maut selepas terjatuh dari ketinggian 5.5 meter ketika sedang melakukan kerja-kerja menukar bumbung jenis zink di sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Prai, di sini.


Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang, Hanisah Ahmad berkata, dalam kejadian pada jam 11.45 pagi, Khamis lalu itu, mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 45 tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.


"Difahamkan, mangsa telah memijak bahagian zink yang rapuh dan tiada penyokong menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian kira-kira 5.5 meter dari paras bumbung ke lantai.


"Sepasukan pegawai penyiasat JKKP Pulau Pinang telah ke lokasi kejadian dan menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima laporan mengenai kemalangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Katanya, susulan kejadian itu, pihaknya mengeluarkan satu notis larangan mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 kepada kilang tersebut.


"Notis dikeluarkan di atas kesalahan gagal menyediakan sistem kerja selamat bagi kerja-kerja penukaran bumbung sehingga menyebabkan kemalangan.


"Selain itu, lokasi kejadian juga disita secara fizikal untuk memastikan tidak berlaku kejadian kacau ganggu dalam siasatan selanjutnya. Majikan mangsa turut diarahkan menyediakan dokumen tambahan bagi membantu proses siasatan lanjut dengan segera," katanya.


Hanisah berkata, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya didapati berlaku pelanggaran peraturan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ke atas pihak yang bertanggungjawab.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... beri-notis-larangan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2021 12:55 AM | Show all posts
mati mencari rezeki halal
semoga Allah beri tempat terbaik utknya
lebih bermakna hidup dia dari pelbagai manusia lain yg meragut merompak mencuri
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ishhh kilang mana ni ... Dah la ada satu supplier aku tetiba tutup serta merta hari jumaat ... Habis kitorg punya schedule ... .. tolong
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Meninggal waktu bkerja, mesti byk dapat pampasan ni...
Dengar cerita ,Kilang kat Prai banyak tutup sbb kes covid. Pekerja byk kena kuarantin.. tersebar pulak ahli kluarga..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.111642 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list