CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 710|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang mohon kerajaan beri perhatian isu rumah mampu milik

[Copy link]
Post time 28-8-2021 10:14 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang mohon kerajaan beri perhatian isu rumah mampu milik[size=0.8][size=0.9]BERNAMA


[size=0.9]

[size=0.9]
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

[size=0.9]


[size=0.9]
Georgetown: Kerajaan Pulau Pinang memohon supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberikan perhatian terhadap isu bekalan rumah mampu milik di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata, kerajaan negeri dalam usaha menyediakan sebanyak 220,000 unit rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang menjelang 2030 dan sekitar 119,000 unit sudah diduduki serta dalam pelbagai fasa binaan.

"Kerajaan negeri mahu pastikan ada bekalan rumah mampu milik di Pulau Pinang dan kita mahu lihat apakah yang akan dibantu oleh kerajaan pusat... dengan nafas baharu politik, saya harap bantuan akan sampai kepada negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan mengejut di tapak pembinaan rumah mampu milik di Bayan Mutiara, di sini, hari ini.

Jagdeep berkata, pihaknya juga dalam perancangan membuat permintaan rasmi kos penyelenggaraan perumahan bernilai RM100 juta kepada kerajaan pusat, tahun depan.

Beliau turut mengalu-alukan pertemuan bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican supaya dapat membincangkan hala tuju dan perancangan perumahan mampu milik di negeri itu.

Terdahulu, Jagdeep mengucapkan tahniah kepada Reezal Merican atas pelantikan sebagai menteri berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin yang memberikan kerjasama baik berhubung pembangunan perumahan di Pulau Pinang serta meluluskan dana sebanyak RM30 juta untuk kos penyelenggaraan perumahan sebelum ini.





Disiarkan pada: Ogos 28, 2021 @ 2:12pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.043736 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list