CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1102|Reply: 1

[Kedah] Bekas pemimpin Wat Siam didakwa pecah amanah RM1.8 juta

[Copy link]
Post time 25-8-2021 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Bekas pemimpin Wat Siam didakwa pecah amanah RM1.8 juta[size=0.8]M Hifzuddin Ikhsan - Ogos 25, 2021 @ 1:17pm[email protected]


- Foto hiasan





ALOR SETAR: Bekas timbalan pengerusi Wat Siam di Kodiang, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan pecah amanah hampir RM1.8 juta pada 2016.

Tertuduh, San Yap A/L Din Ei Yat, 71, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan, San Yap didakwa melakukan jenayah pecah amanah terhadap harta milik Wat Boonyaram, Padang Sera, Kodiang yang diamanahkan penguasaannya ke atas tertuduh antara 7 Mac 2016 hingga 25 Oktober 2016.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurul Suhaila Baharin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 berserta seorang penjamin dan menetapkan 26 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Semalam, tertuduh yang juga pesara kerajaan ditahan di rumahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 12 tengah hari, susulan laporan polis yang dibuat jawatankuasa Wat Siam berkenaan.

Sementara itu, tertuduh gagal membayar wang jaminan dan terpaksa dibawa ke lokap bagi ditahan sementara.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca... Wat siam kodiang.. Dok fikir tang mana.. Rupanya hat padang sera.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.148775 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list