CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1081|Reply: 1

[Kedah] Enam runtuhan tanah berskala kecil dikesan di Gunung Jerai

[Copy link]
Post time 24-8-2021 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Enam runtuhan tanah berskala kecil dikesan di Gunung JeraiOgos 24, 2021 @ 7:29pm





Runtuhan tanah bukit di laluan naik ke Gunung Jerai. Terdapat enam lagi runtuhan baru berskala kecil ditemui. - Foto BERNAMA





YAN: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengesan enam runtuhan tanah berskala kecil di kawasan lereng Gunung Jerai selepas tujuh hari kejadian fenomena kepala air berlaku di situ.

Ketua Cawangan Kepakaran Geologi Kejuruteraan JMG, Dr Ferdaus Ahmad, berkata runtuhan itu dikenal pasti berdasarkan kajian lapangan dilakukan pihaknya pagi tadi dengan mendapati saiz lebar runtuhan itu antara tiga hingga empat meter sahaja.

"Kami dapati proses runtuhan itu masih lagi berlaku dipercayai kesan daripada kejadian fenomena kepala air ini... sewaktu kejadian itu keadaan tanah belum tepu, namun selepas itu bila ada hujan beberapa hari ini termasuk semalam menyebabkan tanah menjadi tepu dan berlaku sedikit runtuhan tanah," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau kesan runtuhan tanah akibat tragedi itu di sekitar kawasan Gunung Jerai yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah Datuk Suraya Yaacob.

Sehubungan itu, Ferdaus meminta sesiapa sahaja yang menggunakan jalan di Gunung Jerai berkenaan agar sentiasa berwaspada dengan bagi memastikan keselamatan masing-masing.

"Sekiranya berlaku keadaan hujan luar jangka kemungkinan terdapat runtuhan kecil lain dan kesan-kesan lain juga," katanya yang turut memaklumkan JMG mengkategorikan kawasan empat runtuhan tanah berskala besar dengan saiz lebar lebih 10 meter yang berlaku sebelum itu sebagai Zon Bahaya.

Ferdaus berkata bagaimanapun pihaknya perlu menjalankan kajian dan siasatan di lapangan itu sebelum mengetahui jarak dan keluasan zon berkenaan keseluruhannya.

Beliau berkata sesuatu kawasan tanah runtuh itu dikategorikan sebagai Zon Bahaya apabila antara lain mempunyai tanda tanah runtuh akan berlaku lagi dengan melihat sama ada terdapat retakan di sekeliling kawasan tanah runtuh itu ataupun menunjukkan terdapat bongkah batuan kurang stabil yang mempunyai potensi ancaman kepada kawasan itu.

Namun, Ferdaus berkata Zon Bahaya itu tidak kekal sebaliknya ia hanya sementara untuk menunggu kerja baik pulih cerun dan mitigasi tertentu siap dilakukan yang turut membabitkan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR). – BERNAMA






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Janganla pi naik atas untuk sementara waktu ni...jgn ambik risiko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.707585 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list