CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 687|Reply: 0

[Kedah] 'PM pesan banyakkan berdoa dan tabah hadapi dugaan'

[Copy link]
Post time 23-8-2021 03:23 PM | Show all posts |Read mode
'PM pesan banyakkan berdoa dan tabah hadapi dugaan'[size=0.8]Izad Thaqif Hassan - Ogos 23, 2021 @ 3:13pm[email protected]



Ismail Sabri (dua dari kanan) bersama Muhammad Sanusi (kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir, Ranyzul Ramli, 42, di Taman Lembah Merbok bersempena lawatan Perdana Menteri ke Merbok dan Yan, hari ini. - Foto NSTP/Danial Saad





MERBOK: "Perdana Menteri sempat berpesan kepada saya dan isteri supaya banyakkan berdoa dan tabah menghadapi dugaan ini, " kata Muhd Rizan Mahmud, 38, penduduk Taman Lembah Merbok, di sini, yang dilanda banjir lumpur susulan fenomena kepala air di Gunung Jerai.

Muhd Rizan berkata, dia amat bertuah kerana dapat bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sudi menziarahi mereka sekeluarga.

Katanya, kehadiran pemimpin nombor satu negara berkunjung ke rumahnya sedikit sebanyak dapat meredakan tekanan yang dihadapi akibat tragedi itu.
"Saya rasa tenang selepas Perdana Menteri banyak memberikan kata-kata nasihat dan semangat buat kami sekeluarga.


"Bencana ini mungkin satu pengalaman pahit, namun kehadiran Perdana Menteri ke sini bagi saya satu kenangan manis dan kedua-duanya tidak mungkin dapat dilupakan," katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam tragedi itu, bekas pesara tentera berkenaan terpaksa membawa isteri, Rohaizana Yahaya, 39, yang sarat mengandung dan empat anaknya ke atas siling rumah.
Malah, empat lagi anak jiran yang terperangkap turut ditempatkan di atas siling rumahnya, sebelum bantuan tiba.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Fikri Zainol Mohd Fikri Zainol, 43, berkata dia sebak dan terkejut ketika menerima kunjungan Perdana Menteri ke rumahnya.
"Saya sebak dan rasa mahu menangis sebab beliau berdiri depan mata dan bertanya khabar kami sekeluarga.

"Lidah saya kelu dan memang tak sangka beliau sangat mengambil berat kepada penduduk dilanda musibah kepala air dan banjir lumpur ini," katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri tiba jam 12.15 tengah hari diiringi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor.

Sejurus tiba, beliau meninjau Jambatan Tupah yang rosak akibat dihentam balak hanyut dalam kejadian petang Rabu lalu dan diberi penerangan berkaitan bencana kepala air di kawasan Kuala Muda.

Perdana Menteri kemudian meluangkan masa menziarah beberapa penduduk Taman Lembah Merbok yang terjejas akibat bencana itu dan memberikan sumbangan.

Ini adalah lawatan rasmi yang pertama selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kelmarin.


















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.508723 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list