NIBONG TEBAL: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lemas, selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Baru, Ladang Byram, di sini, malam tadi.
Kematian Lai Sin Nguan, 35, disahkan petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.45 malam.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal ke lokasi kejadian dalam usaha mengesan dan menyelamat mangsa.
"Berdasarkan maklumat awam, seorang lelaki OKU dipercayai terjatuh ke dalam parit dan tenggelam.
"Bomba segera menjalankan operasi mencari dengan menggunakan peralatan 'grappling iron' dan berjaya menemui mangsa," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, operasi ditamatkan pada jam 1.25 pagi tadi.
"